Monday, February 8, 2010
Sunday, February 7, 2010
Salam... kali ni nak tulis e3 ni... 2 jenis orang di tempat kerja yang sangat memalukan.
Orang 1: Dia selalu buat kerja. Kerja ni dia buat, kerja tu dia buat bak kata pepatah semua kerja dia buat. Memang bagus... bagus sekali tetapi satu je tak bagus bila semua kerja dia buat (tak percaya kat org lain) dia kata org tu tak buat keja, orang ni tak buat keja, orang ni relax, orang ni goyang kaki.
Orang 2: Dia ni malas buat keja. Keja apa pun susah nak buat. Kalau buat pun kerna terpaksa. Walau bagaimana pun kalau dia tak sibuk hal orang tak mengapalah jugak. Ini dia kata jugak orang ni malas buat keja, orang tu tak buat keja padahal dia tu yang tak ada kerja.
Oleh itu... tuan2 dan puan2 nilai la sendiri.
p/s: Kita selesaikan kerja kita, selesaikan tanggungjawab kita. Bantu sahabat kita apabila kita boleh bantu. Kalau kita tak boleh bantu jangan kita susahkan mereka.
Firman Allah SWT bermaksud:
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan. Al-Kahfi, l04
Firman Allah SWT bermaksud:
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang yang beroleh kemenangan. An-Nur, 52.
Saturday, February 6, 2010
Salam hujung minggu... Teman sering berhadapan pelbagai luahan, perkongsian dan karenah yang begitu mencabar. Perkongsian kali ini ialah tentang berfikiran negatif dan positif terhadap sesuatu yang tidak mencurigakan. Ini amat penting dalam kerukunan sesuatu organisasi samada diperingkat kecil hingga sebesar2nya. Namum begitu Allah s.w.t mengurniakan akal kepada kita yang tiada ternilai untuk membezakan samada ianya buruk atau yang baik.
Husnuzzhon atau bersangka baik itu doa, apabila kita bersangka baik kita sebenarnya sedang meminta doa untuk kebaikan. Salah satu rahsia kesejahteraan hidup kita ialah bersangka baik dan ianya amat dituntut oleh Islam. Rasulullah s.a.w sendiri bersangka baik dengan jirannya yang berbangsa Yahudi yang menyihir baginda. Apabila baginda mendapat perkhabaran jirannya itu sakit, maka baginda lantas mengunjungi jirannya dengan penuh sangkaan baik. Dan wanita itu mendapat hidayah dengan kemuliaan akhlak baginda.
"Wahai orang-orang beriman, jauhilah diri kamu dari banyak berprasangka, sesungguhnya sesetengah prasangka itu adanya dosa. (Hujurat : 12)"
"Janganlah kamu berprasangka terhadap perkataan yang keluar dari mulut saudara kamu (sesama muslim) kecuali sangkaan yang baik. (Saidina Umar al-Khattab)"
Monday, February 1, 2010

Salam... Jumaat lepas 29 Januari 2010 lebih kurang jam 8.00pagi teman dijemput Ustaz EDS untuk memberi tazkirah ringkas... Kebetulan sebelum hari tu perkara yang bermain difikiran teman ialah HATI...dan secara kebetulan juga ada sahabat yang bertanyakan tentang hati kepada teman... Moh kita kongsi apa yang teman sampaikan dalam tazkirah ringkas tempoh hari...
Hati.... sekali sebut bermaksud lain, dua kali sebut maksudnya akan jadi lain (hati-hati). Hati sekali sebut yang akan dikongsi secara ringkas dalam n3 kali ni...hehehehe
Hati manusia ni tergolong atau dapat dikategorikan kepada 3 jenis hati iaitu Qalbun Shahih (hati yang suci), Qalbun Mayyit (hati yang mati), dan Qalbun Maridl (hati yang sakit).
[Diringkaskan]
Qalbun Shahih: hati yang sihat/selamat. Hati yang sentiasa ingat dan takut kepada Allah. Menunaikan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Qalbun Mayyit: hati yang mati yang tidak takut dan tak ingatkan Allah s.w.t. Apa yang dilakukannya hanyalah kerana nafsu semata-mata. Sekiranya kita berdamping dengan golongan ini bagaikan bertemankan racun dan mengundang bencana.
Qalbun Maridl: hati yang sakit. Hati sebegini kadang-kadang dekat pada Allah kadang-kadang menyimpang jauh. Ada masanya melakukan kebaikan dan adakalanya melakukan kejahatan.
Nabi saw bersabda: “Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal daging, apabila daging itu baik maka baiklah tubuh manusia itu, akan tetapi bila daging itu rosak maka rosak pula tubuh manusia. Ketahuilah bahwa sesungguhnya segumpal daging itu adalah hati.”[HR. Bukhari-Muslim].
p/s: Cari dan jadilah hati kita seperti golongan Qalbun Shahih dan sekiranya ada cebis Qalbun Mayyit dan Qalbun Maridl berusahalah untuk berubah dan bertaubatlah. InsyaAllah...
Saturday, January 30, 2010
Firman Allah SWT dalam surah al-Ma'aarij ayat 19-22:

Maksudnya: "Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah. Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat kedekut. Kecuali orang yang mengerjakan sembahyang."
Berdasarkan ayat ini, ternyata keistimewaan amalan ibadah khusus membuktikan bahawa Islam telah menyediakan pakej penjagaan kesihatan fizikal (jasmani) dan spiritual (rohani) yang begitu diperlukan oleh manusia tanpa perlu taksub kepada konsep penjagaan kesihatan yang lain.
Tuesday, January 19, 2010
10 JANUARI 2010: PERTANDINGAN PERSAHABATAN ANTARA JEMAAH SURAU AL-AMIN vs PEMUDA KAMPAR SEBAGAI SATU ACARA RIADAH SANTAI SAMBIL MENGERATKAN LAGI HUBUNGAN SILATULRAHIM SESAMA SAUDARA.
iNFo bersama buluhlemang:
Senaman amat penting dalam kehidupan kerana pelbagai jenis penyakit boleh dihindari dengan mengamalkan senaman yang berterusan. Contoh penyakit yang boleh menghinggapi manusia pada zaman ini akibat kurang bersenam ialah penyakit jantung koronari dan angin ahmar (strok). Penyakit ini juga boleh berlaku jika berat badan tidak dikawal dan mengamalkan pemakanan yang mempunyai kolestrol tinggi.
p/s: Beriadah/bersukan/bersenam adalah satu aktiviti yang sihat. Lebih cantik lagi apabila kita menjaga adab semasa beriadah. Pahala dapat badan pun sihat. InsyaAllah...
Sunday, January 3, 2010

Salam... Sambil2 ziarah blog kengkawan petang tadi, tengok ada satu 'contest' yang menarik minat teman. Hehehehe... Memandangkan hati teman tergerak untuk menyertai 'edit photo contest' ni, maka teman cuba la 'edit' gambar yang teman ada untuk dipertandingkan. Menang kalah bukan lah tujuan tetapi saje suka2. Jom sesiapa yang berminat klik http://ochaz.blogspot.com/2010/01/hohoedit-photo-contest.html untuk menyertai pertandingan ini yang dianjurkan oleh Cik Ros. Kat blog Cik Ros ni ada syarat2nya. Daaa....
Ini gambar yang teman edit menggunakan adobe photoshop untuk dipertandingkan. Hehehehe...










