Buluh Lemang With LOVE

The ROAD of HAPPINESS

Jom kayuh...

Dah lama tak kayuh... hari ni semangat nak mengayuh basikal sampai ke BRINCHANG. Aduiiii nk tercabut kaki rasenya. Memang...memang... memang penat... berpeluh2 sebaldi.
Tapi memang...memang..memang... bagus untuk kesihatan.
Berbasikal ni bagus untuk membantu jantung kita menjadi lebih sihat serta menolong peredaran darah menjadi lebih baik tetapi kena buat perlahan-perlahan bagi 'beginner' dan beransur-ansur. Jangan ekstrem nanti bukan baiknya yang kita dapat sebaliknya pula... :) Aktiviti ni dapat mencegah beberapa penyakit yang melibatkan jantung. InsyaAllah...
Islam memandang berat soal penjagaan kesihatan ummatnya. Islam mengajar kepada kita untuk menjaga kesihatan dengan cara pencegahan sebelum ditimpa sebarang penyakit, “Mencegah itu lebih baik daripada berubat” sementara apabila ditimpa penyakit, maka kita disuruh untuk mengubatinya.
“وننزل القرءان ما هو شفاء ورحمة للمؤمنين - سورة الإسراء : 82

3 comments:

ONE ZABA July 19, 2009 at 2:55 PM  

sorong kereta sorong pulak....

Sis Lin July 19, 2009 at 6:27 PM  

kalo lin kayuh ni,ntah boleh lg ke x ni,lama betul x kayuh basikal,asyik kayuh kete jek...

sonata anak kancil July 19, 2009 at 9:46 PM  

nak makan pun kadang2 tak sempat,ni pulak nak kayuh basikal??? tapi sonata jaga kesihatan cara lain - dok jalan kat blok sekolah tak habis2...penat naik 1 blok sampai 4 tingkat!!!

Rasulullah saw. biasa berdoa: Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, menyia-nyiakan usia dan dari sifat kikir. Aku juga berlindung kepada-Mu dari siksa kubur dan dari fitnah kehidupan serta kematian

My Blog List

Related Posts with Thumbnails