Buluh Lemang With LOVE

The ROAD of HAPPINESS

Bersyukur dan Bahagia

Salam...
Setelah sekian lama teman tak update BL ni, hari ini teman kembali (cuba mencuri masa) untuk menulis sedikit info. Mudah2an dapat dikongsi bersama.

Apa yang bermain di minda anda abila disebut BERSYUKUR dan BERBAHAGIA...
Terlintas difikiran teman, pabila merenung dan mengkaji tingkah laku manusia yang hebat-hebat belaka adakalanya obses tentang KELEBIHAN dan KEKURANGAN. Namun setiap makhluk di muka bumi ciptaan Allah s.w.t ini ada KELEBIHAN dan KEKURANGAN masing-masing.

"Bersyukurlah kita dengan kelebihan yang ada dan berbahagialah kita dengan kelebihan yang sahabat-sahabat kita perolehi. Yang lebih dikongsi, yang kurang sama-sama kita baiki. InsyaAllah." - Dr.Araz
Info di BL:
ALLAH memberikan nikmat-Nya pada semua hamba-Nya tetapi pembahagian itu tidak sama, ada yang diberi banyak dan ada pula sedikit. Semua itu bertujuan menguji hamba-Nya dalam kehidupan dunia ini.

Ujian ini bagaikan api yang membersih dan memisahkan emas daripada campurannya. Dengan berbuat demikian, maka dapatlah dilihat mana yang benar-benar beriman dan tidak. Alangkah ruginya jika kita tidak mampu menghadapi ujian itu.

Orang yang memiliki sifat hasad tidak dapat menyempurnakan imannya, sebab ia tidak akan dapat mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak sempurna iman salah seorang kamu sampai mencintai saudaranya sebagaimana mencintai dirinya.” (Hadis Muttafaqun ‘alaihi)

Sumber: http://nurjeehan.hadithuna.com/2008/05/hasad-dengki-sifat-orang-munafik/

"SEMOGA ILMU YANG BAIK DAPAT DIKONGSI BERSAMA, INSYAALLAH"

p/s: Marilah sama2 kita saling ingat mengingatkan sesama kita dan terutama untuk diri teman sendiri. Amin...

7 comments:

Tirana April 18, 2010 at 8:42 AM  

Terimakasih atas tazkirah di pagi minggu. Semoga Dr Araz ceria selalu..

Afida Anuar April 18, 2010 at 8:48 AM  

Bersabar dan redha dengan apa yang telah Allah berikan kepada kita..insyaAllah kita akan jadi orang yang paling bahagia;)

selamat berhujung minggu dr araz..

ahmad humairi April 18, 2010 at 12:50 PM  

syukur...

BL kembali berkongsi info..

ustaz eds April 18, 2010 at 3:25 PM  

salam,

kini zaki bersyukur dan bahagia dengan dunianya sendiri....

Dr.Araz April 18, 2010 at 8:14 PM  

Kak Tirana: Terima kasih kak. Alhamdulillah saya sentiasa ceria.

Afida Anuar: Selamat hujung minggu...

Cikgu Humairi: Hehehehehe...

Ustaz Eds: Zaki sekarng dah syok, mungkin kena dengan apa yg dia nak. Kita sama2 tumpang gembira.

sonata anak kancil April 19, 2010 at 12:00 AM  

salam....semoga sentiasa berbahagia....bersyukur dengan apa yang ade....

lupa nak bang beritahu...dah jawab tag yang dihulurkan,...silalah ke blog saya...he3x

Insan Kerdil August 4, 2010 at 9:33 AM  

Bila terbaca jer blog nih ..... teringin rasanya nak berkongsi rasa syukur kepada Nya diatas segala nikmat yang telah di kecapi sekian lama dan teringat kembali bersahabatan di masa lalu. Semoga Dr Araz berbahagia dan ceria selalu. Dari....Insan Kerdil

Rasulullah saw. biasa berdoa: Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, menyia-nyiakan usia dan dari sifat kikir. Aku juga berlindung kepada-Mu dari siksa kubur dan dari fitnah kehidupan serta kematian

My Blog List

Related Posts with Thumbnails