Assalamualaikum... dah sekian lama senyap sunyi, mohon maaf kepada sahabat2 blogger. Kesuntukan masa membuatkan teman tidak dapat aktif berblog. InsyaAllah, sekiranya berkesempatan teman nak berkongsi info bersama sahabat2.
Info BL: Akhlak MULIA
Apakah peghias utama diri?
AKHLAK MULIA (tuntutan agama)
Siapakah tang diiktiraf mempunyai akhlak paling mulia?
Rasullullah s.a.w ("dan sesungguhnya engkau Muhammad mempunyai akhlak yang sangat2 mulia" [Surah Al-Qalam:4])
Bagaimanakah kita boleh berusaha menjadi seorang yang berakhlak mulia?
Perbanyakkan sifat2 mahmudah (sifat yang mendatangkan pahala: sabar, pemaaf, bercakap benar, jujur, zuhud, tawadhu, etc.) dan jauhi sifat2 mazmumah (sifat yang mendatangkan dosa: dengki, hasad, pemarah, bercakap bohong, bongkak, etc.) Rasullullah s.a.w menjelaskan dalam sebuah hadith: "janganlah kamu berhasab dengki, dan janganlah menipu daya, dan jangan benci membenci".
p/s: Marilah sama2 kita meningkatkan akhlak kita menjadi yang lebih baik dari sekarang. Sesungguhnya dalam membentuk akhlak mulia yakni membentuk peribadi dan akhlak individu memerlukan takwa kepada Allah s.w.t.
Firman Allah: "Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa" [Al-Hujurat:3]
Sumber ruj: Kompilasi Artikel: 30 Nasihat Agama
Teman kembali... INFO di BL: Akhlak MULIA
Posted by
Araz
Saturday, December 4, 2010
Labels: Motivasi + Hadith
0 comments:
Post a Comment