Salam...
Dunia ini adalah sementara.
Tiada yang kekal.
Yang muda akan tua, yang tua akan dimamah usia.
Mahupun demikian, kita masih mengutamakan benda
yang sementara daripada yang paling utama.
Mengapa? Kenapa?
Janganlah kita lupa. Ingatkan diri dan keluarga.
Ilmu dunia? Ilmu Akhirat?
Pilihlah. Pilihlah yang paling utama.
Bila kita mencapai ilmu dunia kita akan sentiasa kekurangan.
Pabila kita perolehi ilmu akhirat,
ita akan peroleh kedua-duanya yakni dunia dan akhirat.
InsyaAllah. Semoga dirahmati Allah.
Adakah Kau Lupa?
Mengenal Nafsu
Terdapat empat peringkat nafsu yang mempengaruhi tabiat manusia iaitu:
Remaja 2
Remaja masa kini agak membimbangkan. Sebenarnya, bukan sahaja remaja tetapi semua kita harus bimbang dengan perkembangan akhlak kini. Apa yang harus kita lakukan untuk menjadi insan yang berahklak mulia. Ini semua bergantung pada diri kita sendiri.
Sekiranya anda seorang remaja, sedarlah dan jgn kita lalai kerana ianya amat merugikan. Perkara yang dipandang remeh bagi sesetengah masyarakat kita ialah perkara2 berkaitan dengan "AGAMA". Kiranya kita ambil mudah dalam bab agama, pastinya kitakan hanyut dalam arus masa dan sukar untuk dipulihkan. Ibu bapa harus memainkan peranan yang paling besar sekali. Kita tak dapat mengharapkan anak kita dibantu oleh masyarakat sekeliling 100% mahupun 50%. Usaha kita untuk melihat perubahan harus bermula sejak anak kita kecil lagi. Apabila mencecah usia "remaja" agak sukar utk kita membantunya. Walau bagaimanapun pucuk pangkalnya diri sendiri juga. Namun usaha kita , kesedaran kita untuk menyedarkan diri kita dan anak2 harus dilakukan dengan segera. InsyaAllah, semoga mendapat keberkatan daripada yang Esa.