Buluh Lemang With LOVE

The ROAD of HAPPINESS

Ilmu Kebatinan


Salam... sambil2 dok surf internet untuk buat idea esok... sekali terbaca artikel ni dan rasanya ramai yang dah tahu tapi sekadar untuk berkongsi bersama. Artikel ini dipetik dari: Portal e-fatwa

Ajaran dan Ilmu Kebatinan, Tahap Diri ( kuasa ghaib): Akidah


Keputusan:

Bahawa ajaran dan amalan ilmu kebatinan, tahan diri (kuasa ghaib) seperti yang diajar dan diamalkan oleh :

1. Nasrul Haq 2. Budi suci 3. Al Watan 4. Budi suci sejati 5. Jawa Faradin
6. Silat sunda pukulan ghaib 7. Tusuk hikma 8. Ilmu kebatinan 9. Potong maya
10. Naluru 11. Kaula 12. Haqqulah 13. Shahadah Rampai 14. Wali suci
15. Kalimat sakti 16. Silat pukulan jarak jauh 17. Ilmu tenaga dalam hikmat
18. Zikir sha'ban 19. Islam Haq 20. Asal wujud 21. Garis laksamana
22. Al Ma'zat dan seumpamanya;

i. Bukan daripada ajaran Islam bahkan menyeleweng daripada akidah Islamiah oleh itu orang Islam ditegah daripada mengikut dan mengamalkannya di Wilayah Persekutuan.

ii. Ahli-ahli Ilmu Kebatinan yang telah bersumpah Syarie hendaklah Menghanaskannya (membatalkan sumpahnya).

Status Penwartaan: Diwartakan
Nombor Rujukan: JAWI/A/145; PN. (PU
Akta/Enakmen: Seksyen 41

Hadiah... 28 Feb 2010

Alhamdulillah dan terima kasih bebanyak kepada Cikgu Isza kerana sudi menghadiahkan teman "Award: Beautiful Blogger Teacher"
Biasanya saya senyum 2 inchi je, hehehehehe... pagi ni kasi senyum 4 inchi.... sebab dapat hadiah di pagi hujung minggu... dan nak share jugak hadiah ni ngan beberapa orang Cikgu yang selalu mengunjungi BULUH LEMANGwith LOVE ni... mereka juga layak menerimanya... di persilakan untuk mengambil award .... USTAZ EdS, Cikgu Humairi, Cikgu Hajah Sonata, One Zaba dan Cegulinn.

Ni tag nyer... saya jawab:
01. Makanan - buah kurma
02. Bahan Bacaan - Al-Quran + Hadis dan blog kengkawan
03. Rancangan TV - ESPN HD ngan SPORT HD (Suka tengok bola sepak)
04. Keperibadian - Sederhana
05. Hobi - Table Tenis / Blogging
06. Impian / Hajat dihati - Nak hafal surah Al-Mulk tahun ni...

Tag lima yang lain..ton...tonn...tonnn....
Top 5 yang tersebut..... USTAZ EdS, Cikgu Humairi, Cikgu Hajah Sonata, One Zaba dan Cegulinn.

Template baru... 2010


Sempena dengan new interface BULUH LEMANG teman upload gambar ni... kenapa aaa... ntah... Saja suka2...

May we all have a blessed... 1431 Hijrah



E-book Stress Percuma

Download E-book tentang stress. Harap dapat dikongsikan bersama. Teman dapat semasa search by google. Let's share together...

Klik "download e-book" untuk muat turun.

eSok KeRja....

Esok kerja... jadi nak kongsi satu set pelan petua seronok bekerja ngan semua. hehehehe.....

Petua Seronok BEKERJA:
Petua 1: Ketawa bila perlu ketawa
Petua 2: Jangan lupa senyum bila perlu senyum
Petua 3: Buat diri supaya seronak dan cuba seronokkan Orang Lain
Petua 4: Relaks.. Jangan terlalu Serius!
Petua 5: Ringan tulang, bantu sesama rakan jangan tikam/aniaya rakan
Petua 6: Sentiasa berdoa agar dapat bekerja dengan semua org dan seronok bekerja.
Petua 7: Kita perlu ikhlas semasa bekerja kerana Allah s.w.t. InsyaAllah...

Teringat lagu ni.... nyanyi sekali... hehehehe

Lirik Lagu ” Kolar Biru “
Artis ” M Nasir “
Ada Orang Senang Kerja Di Pejabat
Pergi Pagi Pulang Jam Lima Tepat
Ada Yang Kerja Makan Gaji
Dia Tak Suka
Dia Lebih Senang Berniaga
Niaga Niaga Niaga
Kerja Kerja Kerja

Nasi Lemak

Salam pagi ceria untuk semua... jap lagi nak pergi beli sarapan. Cadangnya nak belasah nasi lemak pagi ni. Tak ada apa nak suruh org umah masak buat sarapan, terlupa beli bahan smalam. Hehehe...

Info pagi di Buluh Lemang:

"Petua orang tua-tua,
untuk kekal sihat dan langsing, mesti jadikan sarapan sebagai amalan. Lebih awal waktu sarapan, lebih baik. Orang dulu bercakap berdasarkan pengalaman dan berita baiknya, ia disokong kajian sains di seluruh dunia." [Retrieved from: Cina Islam]

***Gambar hiasan > Google Image***

p/s: Nasi lemak o.k ke makan pepagi...

Bukan senang jadi CIKGU...

"Bila bergelar CIKGU..."

Khutbah Jumaat - MAKSIAT


Salam... Hari Jumaat penghulu segala hari... Seperti biasa teman menunaikan kewajiban menunaikan Solat Jumaat berjemaah. Khutbah kali ini membincangkan tentang MAKSIAT. Ramai dikalangan masyarakat bila ditanya tentang maksiat terus kepala ingat tentang seks haram. Sebenarnya itu baru satu.. banyak lagi perkara maksiat yang kekadang ramai yang terlupa. Contohnya... seperti ketagihan arak, ketagihan seks, bersyubhat melakukan kezaliman dan penipuan, tahi judi, jenayah rasuah, salah guna kuasa penagih/pengedar dadah dan seumpamanya. Berikut adalah garis panduan mengenai maksiat (sumber: e-fatwa)

Garis Panduan Mengenai Maksiat Dari Perspektif Islam (e-fatwa)
a) Maksiat dari segi bahasa bermakna derhaka dan maksiat dari segi istilah ialah perbuatan yang membawa dosa iaitu yang bertentangan dengan akidah, syariat dan ajaran Islam sama ada dengan melakukan larangan Allah dan Rasul atau meninggalkan suruhan Allah dan Rasulnya, dengan kata lain melakukan yang haram dan meninggalkan yang wajib. Perbuatan tersebut memberi kesan kepada kehidupan seseorang dalam akidah, syariat ataupun akhlak.

b) Jenis-jenis maksiat :

i. Maksiat kepada Allah dan Rasul iaitu meninggalkan perintahNya dan melakukan laranganNya.

ii. Maksiat terhadap makhluk iaitu maksiat terhadap manusia, maksiat terhadap haiwan dan alam sekitar, maksiat terhadap harta awam.

c) Maksiat dalam apa jua bentuk sama ada kepada Allah dan Rasul, kepada manusia dan makhluk boleh merosakkan agama, iman, akhlak, kemuliaan diri dan kesejahteraan induvidu, keluarga, masyarakat, negara dan umat.

Anda jadi kaya dengan hanya... (MLM)

[Imaginasi penulis a.k.a draraz: Zaki ditengah-tengah]
Anda akan kaya dengan hanya mengajar ilmu yang baik (pahala macam MLM)

Gambaran ringkas:

Zaki > mengajar tentang adab dengan guru > kepada > Herman + Aquib + Sobri
Herman amalkannya (10) Zaki dapat (10), selagi diamalkan Zaki akan dapat (10)…
Aquib amalkan (10) Zaki dapat (10), selagi diamalkan Zaki akan dapat (10)…
Sobri amalkan (10) Zaki dapat (10), selagi diamalkan Zaki akan dapat (10)…

Herman > mengajar tentang adab dengan guru > kepada > Wong + Dev + Hisham
Diringkaskan: Zaki dapat (10 x 4 = Herman+Wong+Dev+Hisham) berterusan...
Herman dapat (10 x 3 = Wong+Dev+Hisham) berterusan…

berulang-ulang selagi diamalkan dan bertambah-tambah selagi disebarkan.

Apabila mike berniat untuk melakukan satu perbuatan baik, Allah tetap menuliskan satu perbuatan baik untuknya dan jika dilakukan perbuatan tersebut akan mendapat ganjaran 10 ke 700 kali pahala yang lebih banyak, sebaliknya jika mike berniat melakukan dosa, tiada catatan dosa sehinggalah dilakukan dosa tersebut barulah dicatatkan sebagai satu dosa.
(mike = awak = kamu)

Diriwayatkan dari Ibn ‘Abbas r.a.: Nabi s.a.w pernah bersabda, ….Seandainya seseorang berniat melakukan perbuatan baik dan ia tidak melakukannya, maka Allah akan menuliskan untuknya satu kebaikan, dan seandainya ia berniat melakukan perbuatan baik dan melaksanakannya maka Allah akan menuliskan untuknya (pahala) sepuluh hingga tujuh ratus kali lebih banyak. Dan seandainya seseorang berniat melakukan perbuatan buruk dan ia tidak melaksanakannya, maka Allah akan menuliskannya sebagai satu kebaikan penuh; dan seandainya seseorang berniat melakukan perbuatan buruk dan melaksanakannya maka Allah akan menuliskannya sebagai satu dosa”.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : “Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah amalnya melainkan daripada tiga sumber sahaja, iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil kemanfaatan daripadanya dan anak soleh yang akan mendoakan untuknya”. Hadith riwayat Muslim.

Berdasarkan hadis di atas, menunjukkan bahawa sesuatu ilmu yang bermanfaat itu memberikan pahala kepada Muslim yang menyampaikannya kepada orang lain. Malah, pahalanya akan berterusan selama orang tersebut mengamalkannya dan jika orang tersebut menyebarkan pula kepada orang lain.

Retrived from:
http://www.infomalaya.com/category/bicara-agama/
http://baitilansar.wordpress.com/2009/04/26/guru-pahala-yang-berterusan/

Pelaburan tak akan rugi... FREE investment plan.

Salam kepada semua pengunjung buluhlemang... Kesempatan ini teman nak upload satu pelan pelaburan paling untung dan tak akan rugi. Ianya percuma... tiada yuran tahunan... tidak perlu cari downline... hanya perlu luangkan sedikit masa sahaja. Hehehehe... pelan ini ditujukan khas kepada semua pengunjung buluhlemang dan istimewa untuk ZAKI aka Za-Key (Kunci ZA).


Pelan PELABURAN paling untung didunia...

Pelan 1: 4 x 5 x 30 = 600
Pelan 2: 3 x 5 x 40 = 600
Pelan 3: 2 x 5 x 60 = 600
Pelan 4: 1 x 5 x 120 = 600
Pelan 5: 0.5 x 5 240 = 600

(MERAH = Muka surat, BIRU = Waktu sembahyang, KUNING = Bilangan hari, HIJAU = Seluruh Qur'an)

Wow!!! Anda mungkin tak percaya...tetapi percayalah...
dengan mengikut pelan ini, anda pasti untung. Jaminan 100%

Pelaburan apakah ini???
Testimoni 1: Saya tak pernah terpikir begitu mudah untuk membaca semua surah dalam Al-Qur'an dalam sebulan hanya dengan meluangkan beberapa minit sehari selepas sembahyang.

Testimoni 2: Dengan menggunakan pelan 5 yakni pelan paling mudah untuk menghabiskan bacaan sebuah Al-Quran dalam tempoh 240 hari, saya hanya perlu meluangkan seminit dua selepas sembahyang untuk membaca 1/2 muka surat setiap hari selepas sembahyang. Wow!!!

Kenapa.... Anda masih ragu atau masih tak percaya? Cubalah... hehehehe...
INGAT!!! satu huruf sahaja akan dikurniakan 10 hasanat/pahala.
Kalau satu ayat berapa huruf?
Berapa banyak pahala kita dapat...
Macam mana pula kalau satu baris?
Macam mana pula kalau satu muka surat?
Kalau satu Juzuk pula berapa banyak pahala kita dapat?
Kalau satu Qur'an pula... Wow!!! bayangkan betapa banyaknya...

Cubalah hari ini...jangan lepaskan pluang yang tak ternilai ini. Anda tak akan rugi sesen pun malah anda akan jadi JUTAWAN dunia dan akhirat.

***SEKIRANYA ANDA MEMBACA ENTRY INI, SILA HEBAHKAN DAN KONGSI BERSAMA SAHABAT DAN RAKAN2 LAIN. SEMOGA KITA SAMA2 DAPAT MEMANFAATKANNYA. INSYAALLAH***

[Ini bukan mesej berantai]

p/s: Hanya Ustaz EDS yang kenal ZAKI...

Panas....isu Cikgu 2010

Salam... Panas....panas...panas betul hari ni... Pasang air-cond pun tak puas... nak free air jugak. Sepanas-panas cuaca sekarang ni panas lagi isu guru yang kian menjadi bualan media. Awal tahun 2010 ni mmg panas betul cerita Cikgu2 smada yang terpapar didada akhbar mahupun yang tersembunyi. ish..ish..ish...

Apa2 pun sebagai salah seorang warga pendidik, tergerak hati teman untuk berkongsi sesuatu... harap bermanfaat untuk semuanya;
1. Guru 2010... kena banyak bersabar
2. Guru 2010... mesti tabah
3. Guru 2010... bersedia dengan apa situasi yang mungkin dtg menguji
4. Guru 2010... mesti berhati-hati
5. Guru 2010... gunakan kebijaksanaan sepenuhnya dlm menangani isu berkaitan
6. Guru 2010... jangan cepat melatah
7. Guru 2010... banyak bertenang
8. Guru 2010... bantu membantu
9. Guru 2010... husnuzzhon
10. Guru 2010... mesti bersemangat
11. Guru 2010... mesti ikhlas
12. Guru 2010... mesti sepenuh hati
13. Guru 2010... mesti teliti
14. Guru 2010... banyak berusaha + berdoa + tawakal
15. Guru 2010... lakukan kerana Allah s.w.t

Allah, malaikat, serta semua makhluk penghuni langit dan bumi, bershalawat mendoakan para pengajar kebaikan, yaitu guru/cikgu/ustaz/ustazah yang dalam hidupnya menyebar kebaikan, dengan memberikan pengajaran kepada manusia akan ilmu kehidupan. Dalam sebuah hadis syarif Rasulullah s.a.w bersabda, " Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Malaikat-Nya, para penghuni langit dan bumi, hingga semut di lubangnya dan ikan hiu, mengucapkan doa kepada pengajar kebaikan terhadap manusia." (kutubus Sunan HR: Tirmidzi (2685) dan Darimi(289)).

Profesion yang mulia bahkan mungkin yang paling mulia didunia adalah menjadi pengajar (guru/cikgu/ustaz/ustazah etc). Ini kerana, ilmu yang diberikan oleh guru akan memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan manusia, bahkan ianya menjadi sebagian dari ibadah jariyah yang senantiasa mengalir kebaikannya baik didunia maupun akhirat.

“Diantara amal dan kebaikan yang menyusul seseorang sesudah matinya adalah: ilmu yang diajarkan dan disebarluaskan, ….”
HR: Ibnu Majah, Baihaqi dan ibnu khuzaimah).

“ Barangsiapa menyeru kepada petunjuk, maka baginya pahala seperti pahala-pahala orang yang mengikutinya, tidak sedikitpun dari pahala mereka yang berkurang."
HR: Muslim (2674)).

Blog menjadi haram... (Ustaz Ismail)


DUA JENIS ORANG DI TEMPAT KERJA

Salam... kali ni nak tulis e3 ni... 2 jenis orang di tempat kerja yang sangat memalukan.

Orang 1: Dia selalu buat kerja. Kerja ni dia buat, kerja tu dia buat bak kata pepatah semua kerja dia buat. Memang bagus... bagus sekali tetapi satu je tak bagus bila semua kerja dia buat (tak percaya kat org lain) dia kata org tu tak buat keja, orang ni tak buat keja, orang ni relax, orang ni goyang kaki.

Orang 2: Dia ni malas buat keja. Keja apa pun susah nak buat. Kalau buat pun kerna terpaksa. Walau bagaimana pun kalau dia tak sibuk hal orang tak mengapalah jugak. Ini dia kata jugak orang ni malas buat keja, orang tu tak buat keja padahal dia tu yang tak ada kerja.

Oleh itu... tuan2 dan puan2 nilai la sendiri.

p/s: Kita selesaikan kerja kita, selesaikan tanggungjawab kita. Bantu sahabat kita apabila kita boleh bantu. Kalau kita tak boleh bantu jangan kita susahkan mereka.

Firman Allah SWT bermaksud:
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan. Al-Kahfi, l04

Firman Allah SWT bermaksud:
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang yang beroleh kemenangan. An-Nur, 52.

Husnuzzhon atau bersangka baik itu doa...

Salam hujung minggu... Teman sering berhadapan pelbagai luahan, perkongsian dan karenah yang begitu mencabar. Perkongsian kali ini ialah tentang berfikiran negatif dan positif terhadap sesuatu yang tidak mencurigakan. Ini amat penting dalam kerukunan sesuatu organisasi samada diperingkat kecil hingga sebesar2nya. Namum begitu Allah s.w.t mengurniakan akal kepada kita yang tiada ternilai untuk membezakan samada ianya buruk atau yang baik.

Husnuzzhon atau bersangka baik itu doa, apabila kita bersangka baik kita sebenarnya sedang meminta doa untuk kebaikan. Salah satu rahsia kesejahteraan hidup kita ialah bersangka baik dan ianya amat dituntut oleh Islam. Rasulullah s.a.w sendiri bersangka baik dengan jirannya yang berbangsa Yahudi yang menyihir baginda. Apabila baginda mendapat perkhabaran jirannya itu sakit, maka baginda lantas mengunjungi jirannya dengan penuh sangkaan baik. Dan wanita itu mendapat hidayah dengan kemuliaan akhlak baginda.

"Wahai orang-orang beriman, jauhilah diri kamu dari banyak berprasangka, sesungguhnya sesetengah prasangka itu adanya dosa. (Hujurat : 12)"

"Janganlah kamu berprasangka terhadap perkataan yang keluar dari mulut saudara kamu (sesama muslim) kecuali sangkaan yang baik. (Saidina Umar al-Khattab)"

Bila ditanya tentang HATI...


Salam... Jumaat lepas 29 Januari 2010 lebih kurang jam 8.00pagi teman dijemput Ustaz EDS untuk memberi tazkirah ringkas... Kebetulan sebelum hari tu perkara yang bermain difikiran teman ialah HATI...dan secara kebetulan juga ada sahabat yang bertanyakan tentang hati kepada teman... Moh kita kongsi apa yang teman sampaikan dalam tazkirah ringkas tempoh hari...

Hati.... sekali sebut bermaksud lain, dua kali sebut maksudnya akan jadi lain (hati-hati). Hati sekali sebut yang akan dikongsi secara ringkas dalam n3 kali ni...hehehehe

Hati manusia ni tergolong atau dapat dikategorikan kepada 3 jenis hati iaitu Qalbun Shahih (hati yang suci), Qalbun Mayyit (hati yang mati), dan Qalbun Maridl (hati yang sakit).
[Diringkaskan]
Qalbun Shahih: hati yang sihat/selamat. Hati yang sentiasa ingat dan takut kepada Allah. Menunaikan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Qalbun Mayyit: hati yang mati yang tidak takut dan tak ingatkan Allah s.w.t. Apa yang dilakukannya hanyalah kerana nafsu semata-mata. Sekiranya kita berdamping dengan golongan ini bagaikan bertemankan racun dan mengundang bencana.

Qalbun Maridl: hati yang sakit. Hati sebegini kadang-kadang dekat pada Allah kadang-kadang menyimpang jauh. Ada masanya melakukan kebaikan dan adakalanya melakukan kejahatan.

Nabi saw bersabda:Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal daging, apabila daging itu baik maka baiklah tubuh manusia itu, akan tetapi bila daging itu rosak maka rosak pula tubuh manusia. Ketahuilah bahwa sesungguhnya segumpal daging itu adalah hati.”[HR. Bukhari-Muslim].

p/s: Cari dan jadilah hati kita seperti golongan Qalbun Shahih dan sekiranya ada cebis Qalbun Mayyit dan Qalbun Maridl berusahalah untuk berubah dan bertaubatlah. InsyaAllah...

*ilmu untuk peringatan diri sendiri dan juga pembaca sekalian. Amin...

Rasulullah saw. biasa berdoa: Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, menyia-nyiakan usia dan dari sifat kikir. Aku juga berlindung kepada-Mu dari siksa kubur dan dari fitnah kehidupan serta kematian

My Blog List

Related Posts with Thumbnails