Buluh Lemang With LOVE

The ROAD of HAPPINESS

Tipu + Fitnah + Sabar + Muhasabah

Salam... kali ni teman berkongsi info ni... bacalah... hehehe...

Info di BL:


Tipu @ Menipu = tak bagus

Sakitkan hati orang = tak bagus

Menipu… silap2 boleh menimbulkan fitnah. Bila timbulnya fitnah maka hati pun akan menjadi sakit. Hati sapa yang sakit… hati org yang difitnah dan hati yang memfitnah.

Hehehehe… faham ker…

Orang yang menfitnah ialah orang yang sakit. Hatinya tidak tenang, hatinya penuh dengan keraguan, hatinya penuh dengan kebencian, hatinya tidak keruan, hatinya penuh dengan hasad… etc

Orang yang difitnah kalau TIDAK SABAR hatinya juga turut akat sakit. Benci, geram, dendam, marah...etc

Maka…SABAR adalah jalan terbaik untuk orang yang difitnah.

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. (QS. Ali Imran :200)

Bagi orang yang suka menfitnah…. MUHASABAH DIRI adalah salah satu jalan untuk kembali kejalan yang benar dan dapat memperbaiki diri daripada kesilapan. InsyaAllah.

Allah memberi peringatan mengenai bahaya fitnah. Firman-Nya yang bermaksud:
Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)

Bersyukur dan Bahagia

Salam...
Setelah sekian lama teman tak update BL ni, hari ini teman kembali (cuba mencuri masa) untuk menulis sedikit info. Mudah2an dapat dikongsi bersama.

Apa yang bermain di minda anda abila disebut BERSYUKUR dan BERBAHAGIA...
Terlintas difikiran teman, pabila merenung dan mengkaji tingkah laku manusia yang hebat-hebat belaka adakalanya obses tentang KELEBIHAN dan KEKURANGAN. Namun setiap makhluk di muka bumi ciptaan Allah s.w.t ini ada KELEBIHAN dan KEKURANGAN masing-masing.

"Bersyukurlah kita dengan kelebihan yang ada dan berbahagialah kita dengan kelebihan yang sahabat-sahabat kita perolehi. Yang lebih dikongsi, yang kurang sama-sama kita baiki. InsyaAllah." - Dr.Araz
Info di BL:
ALLAH memberikan nikmat-Nya pada semua hamba-Nya tetapi pembahagian itu tidak sama, ada yang diberi banyak dan ada pula sedikit. Semua itu bertujuan menguji hamba-Nya dalam kehidupan dunia ini.

Ujian ini bagaikan api yang membersih dan memisahkan emas daripada campurannya. Dengan berbuat demikian, maka dapatlah dilihat mana yang benar-benar beriman dan tidak. Alangkah ruginya jika kita tidak mampu menghadapi ujian itu.

Orang yang memiliki sifat hasad tidak dapat menyempurnakan imannya, sebab ia tidak akan dapat mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak sempurna iman salah seorang kamu sampai mencintai saudaranya sebagaimana mencintai dirinya.” (Hadis Muttafaqun ‘alaihi)

Sumber: http://nurjeehan.hadithuna.com/2008/05/hasad-dengki-sifat-orang-munafik/

"SEMOGA ILMU YANG BAIK DAPAT DIKONGSI BERSAMA, INSYAALLAH"

p/s: Marilah sama2 kita saling ingat mengingatkan sesama kita dan terutama untuk diri teman sendiri. Amin...

"Menangani tekanan dalam kehidupan"


Salam hujung minggu... sambil2 dok membaca dan mengedit BL ni, ana terjumpa info ni... Jom kita luangkan masa seminit dua... sma2 kita berkongsi. InsyaAllah.

Info di BL:
Islam telah memberikan beberapa garis panduan bagi menghadapi masalah atau tekanan hidup kepada setiap individu muslim. Antaranya ialah :

1- Sandarkan harapan kita dan pergantungan kepada allah.

Hanya allah s.w.t sahajalah tempat untuk kita menyandarkan harapan dan sebagai tempat bergantung apabila menghadapi sesuatu tekanan, dengan penuh kesabaran dan keyakinan terhadap allah s.w.t. Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh rasulullah s.a.w :

"Sebaik-baik senjata bagi orang mukmin adalah kesabaran dan doa (mohon pertolongan allah s.w.t)".

2- Mohon pertolongan dari Allah s.w.t.

Kita sebagai makhluk allah perlulah menyedari tentang peranan dan tanggungjawab kita kepada allah s.w.t. Ini kerana kita telah membuat ikrar dan pengakuan yang berulang-ulang kali dalam bacaan surah al-fateha, dimana kita menyerahkan dan mengabadikan diri hanya kepada allah dan kepadanya jualah kita memohon pertolongan. Maka wajarkah kita buat berulang-ulang kali?. Inilah perkara yang perlu kita fahami supaya kita sentiasa teguh dengan pegangan akidah islam yang sebenarnya. Perkara yang penting untuk memohon pertolongan dengan allah bukanlah semata-mata pertolongan, bahkan perlu didahului dengan menjaga persoalan isbadat seperti solat dan ibadat yang lain, yang mana kesemuanya dilaksanakan dengan penuh sabar dan redha, dengan ketentuan allah s.w.t. Ini bersesuaian dengan firman allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan mintalah pertolongan (kepada allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat, kecuali kepada orang-orang yang khusyuk".

Al-Baqarah ayat 45

3- Jangan kita sedih dan kecewa.

Kita jangan cepat berputus asa dengan masalah yang dihadapi, sebaliknya tingkatkanlah usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasi masalah tersebut. Seperti yang telah dijelaskan, bahawa setiap ujian yang datang itu adalah untuk menguji sejauh mana kesabaran dan keimanan kita terhadap allah s.w.t disamping sebagai peringatan kepada mereka yang ditimpa masalah, sebagaimana firmannya:

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), pada hal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (bersungguh-sungguh) beriman".

Ali-Imran ayat 139

4- Berkongsi masalah.

Luahkanlah masalah tersebut pada teman-teman yang bertakwa lagi boleh dipercayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban yang ditanggung. Suami harus berteru terang dengan isteri bila menghadapi masalah, begitu juga isteri dan juga anak-anak haruslah berbincang dan bersikap mahu berkongsi masalah dengan ibu bapa mereka, begitu juga pelajar boleh berkongsi masalah dengan guru dan sebagainya.

UMLI bila diterbalikkan ...


UMLI bila diterbalikkan... menjadi ILMU. Kalau ILMU ditebalikkan maka hilanglah ilmu. Hehehehe... Setelah agak lama tak mengupdate BL ni, hari ni tuan umah BL muncul dengan entri tentang ILMU untuk dikongsi. Bukan apa, terlitas di minda kerdil ini apabila melihat anak2 sekarang terutama golongan bangsa M***** terlalu alpha dan terlalu jauh daripada ILMU yang bermanfaat. Namun bukan semua... semoga Allah membuka pintu hati kita semua dan memberi hidayah kpd kita untuk mencari ILMU yang bermanfaat untuk kebaikan semua. Amiin...

Info di BL:
Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya. Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud : "Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah ornag-orang yang berilmu" (al-Fathur:ayat 28)

Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf dikalangan manusia. Firman Allah yang bermaksud : "Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana" (al-Zumar : ayat 9)

Ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat. Firman Allah yang bermaksud : "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan" (al-Mujadalah : 11 )

Sabda Rasulallah s.a.w yang bermaksud " menuntut ilmu menjadi kewajipan ke atas setiap umat Islam"

Rasulullah saw. biasa berdoa: Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, menyia-nyiakan usia dan dari sifat kikir. Aku juga berlindung kepada-Mu dari siksa kubur dan dari fitnah kehidupan serta kematian

My Blog List

Related Posts with Thumbnails