Salam… sekarang ni teman banyak berehat sebab sedang cuti maka habiskan masa bercuti sebaik-baiknya. Tetapi persoalannya betul2 ka berehat…? hua hua hu… Cuti ni sempat juga teman ikut kengkawan memancing di laut… hasil sederhana tapi cukup sekadar untuk melepaskan gian memancing. 21 Jun 2010, maka bermula la episode sibuk sepanjang hari… 2 program pada hari dan waktu yang sama, satu program perdana akan dilaksanakan. InsyaAllah dengan bantuan rakan2 sekerja moga kerja yang berat menjadi ringan.
Info di BL:
SATU = kerja individu
Banyak kurangnya, antaranya kurang efektif, terbatas dengan satu buah fkiran sahaja, kurang kekuatan (mana taknya kerja2 manakan sama dengan ramai2). Walaubagaimanapun ada kerja kena lakukan sorang2 tanpa pengetahuan org lain. Baru dapat pahala. Hehehehe…
LEBIH daripada satu = kerja berpasukan
Bila masanya kita kena kerja berpasukan, itu amat dituntut dalam ISLAM. Kebanyakan ibadat dalam ISLAM digalakkan berjemaah yakni kerjasama (lebih daripada seorang). Tuntutan dalam ISLAM supaya berjemaah banyak kelebihannya… kalau nak disenaraikan penuh entry ni. Antaranya, kerja bertambah mantap dan bermutu, dapat menyatu padukan sesame insan, kerja akan menjadi lebih mudah dan berkesan, perkongsian pengalaman, banyak buah fikiran. Namun begitu dalam berjemaah atau kerja berpasukan mestilah ada kepalanya yakni mesti ada IMAM (KETUA). Kalau tidak huru hara jadinya. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: 'Hendaklah kamu berada dalam jamaah (kerja secara berpasukan) …'.
SATU atau LEBIH
Posted by
Araz
Saturday, June 19, 2010
Labels: Motivasi + Pesanan
4 comments:
salam,
1. baaanyakkkk.
2. sedikit.
3. jarang.
4. kadang-kadang
turn ko jaga flat ke minggu ni...
Cikgu Myrie: Itu kawin..... hua hua hu
One Z: Cabut undi daaa.... nasib badan.
Tanggungjawab biar secara individu atau berpasukan wajib dilaksanakan.
Post a Comment