Buluh Lemang With LOVE

The ROAD of HAPPINESS

SEBAGAI SATU PASUKAN

Sebagai satu pasukan... APA YANG PERLU ADA?

  1. hormat menghormati antara satu sama lain
  2. yakin dengan pemimpin yang dipilih
  3. hindari buruk sangka dan jauhi hasad dengki
  4. menjaga adab semasa berkomunikasi
  5. sekiranya ada masalah maklumkan dengan berhemah
  6. berpandangan luas, komited dan mematuhi peraturan
  7. bersedia menerima pandangan dan bertolak ansur
  8. bertukar-tukar pandangan
  9. wujudkan perasaan kasih sayang
  10. memberi tanpa mengharapkan balasan
  11. jangan mendahului ketua
  12. bersedia untuk meningkatkan diri sendiri.
InsyaAllah...

"Bertolong-tolonglah kamu kepada perkara kebaikan dan janganlah kamu bertolong-tolng kepada perkara kejahatan". (Surah al-Maidah ;2)

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Gambaran kehidupan orang yang beriman dari segi kasih sayang , saling bersimpati dan saling cinta mencintai samalah seperti anggota tubuh yang jika salah satu daripadanya mengadu kesakitan, ia melibatkan seluruh anggota lain yang tidak tidur malam dan demam”.

Kejayaan Rasulullah s.a.w. melahirkan masyarakat yang berkasih sayang dapat dijadikan contoh yang paling baik bagi mewujudkan suasana bekerjasama dalam masyarakat masa kini. Ia berpunca daripada sikap dan suasana positif yang dibentuk oleh Rasulullah menerusi pendidikan dan program motivasi yang berjalan secara berterusan sehingga wujudnya individu yang berperibadi mulia dan kukuh sehingga naluri kerjasama dan saling memerlukan itu berkembang subur menjadi satu tenaga yang mampu menggerakkan masyarakat Islam membawa perubahan besar kepada tamadun dunia. (Sumber: JAKIM)

7 comments:

ONE ZABA June 20, 2010 at 11:05 AM  

teringat aku pasukan kenduri kawen.... tobattttttt!!!!

ahmad humairi June 20, 2010 at 12:50 PM  

pasukan Jerman dah kalah, England bakal gudbai...

Pasukan Brazil - ada semuanya tu sebagai satu pasukan....Brazil bakal menjuarai Piala Dunia 2010....yessss.

Dr.Araz June 20, 2010 at 2:40 PM  

One Z: teman pun sama...
Cigu myrie: Belum tamat lagi bang.... sabau. Kita tunggu sapa yang menang... hehehehe

maiyah June 20, 2010 at 3:20 PM  

bekerjasama.. keje berjln lncar, hati pun puas..

Tirana June 20, 2010 at 7:57 PM  

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.. Hati gajah sama dilapah, hati kancil sama dicicah..Bersepakat membawa berkat... hehehe

Aida Ali July 17, 2010 at 10:05 PM  

Kerja berpasukan + sepasukan memerlukan sikap saling bertolak ansur

Abu Aswad July 30, 2010 at 12:15 AM  

Ibarat ranting atau lidi yang apabila sedikit ia mudah patah dan rapuh. Akan tetapi, apabila diikat dan disimpul menjadi banyak ia akan menjadi kuat dan kukuh...

Rasulullah saw. biasa berdoa: Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, menyia-nyiakan usia dan dari sifat kikir. Aku juga berlindung kepada-Mu dari siksa kubur dan dari fitnah kehidupan serta kematian

My Blog List

Related Posts with Thumbnails