Buluh Lemang With LOVE

The ROAD of HAPPINESS

2010 is coming... we must do something

Salam... Kepada semua tetamu di buluh lemang... Alhamdulillah selepas berdoa dan menetapkan azam pada tahun 1431 Hijrah tempoh hari sekali lagi kita berdoa akan kebaikan dan keberkatan serta kejayaan di tahun baru Masihi pula. Teman sekeluarga mengucapkan selamat menyambut tahun baru masihi 2010. Semoga dengan bermulanya detik baru dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t. Gambar hiasan: 2010 IS COMING

Banyak benda nak buat....


Salam... 11 Muharram 1431 H. 10:46pm

Setiap hari setiap waktu setiasa ada benda yang nak dibuat... jangan kata tak ada kerja nak buat. Mungkin cuma tak tahu mana nak didahulukan. Moh kite tetapkan matlamat dan bangun berusaha. Jangan harapkan org lain... kita usaha sendiri selagi terdaya... he..he..

“Sesungguhnya sebaik-baik usaha itu ialah usaha yang dilakukan oleh seseorang dengan tangan-nya sendiri.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Untuk membolehkan seseorang itu bekerja dengan tekun dan bersungguh-sungguh, terlebih dahulu perlulah ia menentukan ke arah mana matlamat yang akan ditujunya agar ianya selaras pula dengan minat, kecenderungan serta cita-cita-nya. Setelah matalamat itu dapat ditetapkan, barulah ia memulakan tugasnya dengan penuh keyakinan, tekun, dan istiqamah.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah kasih kepada seseorang itu apabila ia bekerja dengan penuh keyakinan.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

SALAM MAAL HIJRAH 1431H

Tidak lama lagi kita akan menyambut Awal Muharam. Selamat menyambut Awal Muharram 1431 Hijrah kepada semua muslimin dan muslimat. Mari kita perbanyakkan amalan sunnat di bulan Muharam...InsyaAllah. Sebagai umat Islam setiap hari kita dianjurkan memperbanyakkan melakukan amalan sunat bukan pada satu-satu bulan sahaja. :)

INFO:
Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah. Banyak amalan2 yang disunatkan kepada kita untuk diperbanyakkan dibulan Muharram. Klik (http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Muharam.html)

Salam Maal Hijrah 1431...
Alhamdulillah...

p/s: Ucapan ini ditujukan kepada semua pengunjung buluhlemang.blogspot.com yang beragama Islam. Kalau sudi ambil la "simple card" ni... buat kenangan. TQ

TIDUR SIANG


Salam... Hari ni tak de keje nak buat... tapi dapat idea.... FORMAT LAPTOP muhuhahahaha... Reformat balik laptop ni he..he.. kena virus ari tu. Ada file yang dah hilang. Kacau sikit le... tapi tak mengapa... boleh repair. Alhamdulillah... Ni ada masa sikit ingin berkongsi sekumit maklumat nersama...

Info: BAHAYA TIDUR SIANG

Mengikut satu kajian, bahaya tidur waktu siang terutama didalam keadaan cuaca yang panas (terdedah kepada cahaya matahari) kerana:

  1. Boleh menyebabkan penyakit kulit
  2. Merosakkan warna kulit
  3. Melemahkan jantung
  4. Menambah tekakan perasaan
  5. Melemahkan badan dan tenaga syahwat
  6. Melemahkan kecerdasan akal
* Amalan ini kebiasaannya dilakukan oleh org barat dengan tujuan berjemur.

Info: Tidur siang dari perseptif Islam

Sunnah Nabi Muhammad s.a.w tidur sedikit diwaktu tengahari.
"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya." Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."

Tidur sedikit diwaktu tengahari banyak faedahnya berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga dan tumpuan. Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)

Walubagaimanapun tidur secara berlebihan dan ditempat yang tidak sesuai adalah dilarang sama sekali kerana boleh mendatangkan kesan yang negatif pula.

Bersama kita renungkannya...


Peliharalah tali persahabatan dan ukhwah itu sebaiknya


Dalam melayari kehidupan di dunia yang sementara ini kita memerlukan mereka yang kita panggil kawan, teman dan sahabat lebih-lebih lagi memerlukan sahabat sejati. Beruntunglah sesiapa yang mempunyai ramai sahabat sejati.

Sekiranya kita telah memilik sahabat sejati, maka bersyukurlah kepada Allah Taala. Peliharalah tali persahabatan dan ukhwah itu sebaiknya. Menjadi sunnatullah kepada kita dalam mencari sahabat yang baik. Justeru, selain menuntut kita agar mencari sahabat, kawan, teman dalam kehidupan, Islam juga menyuruh kita supaya sentiasa berbuat baik dan menjaga hak serta adab dalam persahabatan.

Inilah cara kita memelihara satu hubungan yang mulia kerana Allah Taala. Untuk itu,nilailah persahabatan kita selama ini. Adakah jujur atau sarat dengan kepentingan diri? Apakah diredhai Allah atau sebaliknya ?

p/s: Seronokk dapat jumpa balik kawan2 lama via facebook. Dah bebelas mungkin cecah puluh tahun tak jumpa.

REBANA Surau Al-Amin


Kumpulan REBANA Surau Al-Amin Taman Sejahtera.

Tadi lepas je jemaah kat surau, ada kenduri umah Haji Zam. Anaknya nak berkhatan sabtu ni. Selesai je doa selamat dan menjamah jamuan yang dihidangkan Kumpulan REBANA surau
Al-Amin di minta utk memainkan beberapa buah alunan nasyid dibantu dengan paluan REBANA. Apa lagi tumpang sekaki le... sakit jugak tangan 1st time pukul rebana. He..he..

Info:


Nasyid (Arab: أناشيد) merupakan nyanyian yang biasanya bercorak keagamaan Islam dan mengandungi kata-kata nasihat, kisah para nabi, memuji Allah, dan yang seumpamanya.Nasheed (Arabic: kata akar/tunggal نشيد , kata jamak أناشيد; juga disebut Nasyid di Malaysia dan Indonesia; manakala di Bosnia and Herzegovina: Ilahija) lagu kebudayaan Islam.

Hari ni minum madu...


Sementara menunggu maghrib ni, teman upload 1 en3. Hari ni minum madu... he..he.. Sudh tidak asing lagi dan hampir semua org tahu akan kelebihan madu... bukan bermadu tapi madu lebah... he..he.. banyak khasiatnya... Jom pekena madu. Pastikan yang asli...

Kebaikan madu terdapat dalam Al-Quran Surah Al-Nahl : 68-69, maksudnya Dari perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalam terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit manusia.

Alahai Si Rambutan....

Salam... Hari ini dalam rambutan... Muhuhahaha... Adoiii... alahai Si Rambutan... Hari ni An'na dok tebang dahan rambutan. Buah kat belakang umah kat kampung banyak betul. Alhamdulillah menjadi... Ada la dalam 15 pokok. Tapi hari ni nasib baik umur panjang... Alhamdulillah... nasib baik tak jatuh pokok. Boleh tahan la tinggi jugak... dah takde sape nak tolong kait buahnyer ape lagi an'na panjat le. Paras satu pokok... Walaubagaimana pun sedikit kecederaan dialami.

Hari ni nak berkongsi sedikit maklumat berkenaan Rambutan atau nama saintifiknyer Naphelium Lappaceum.

Semua bagian dari tanaman ini, dari kulit, daun, biji, sampai akar, dapat berfungsi sebagai obat.
* Kulit buah: untuk mengatasi disentri, demam
* Kulit kayu: untuk mengatasi sariawan
* Daun: untuk mengatasi diare dan menghitamkan rambut
* Akar: untuk mengatasi demam
* Biji: untuk mengatasi kencing manis (diabetes melitus)

Maklumat lanjut di sini

Kebetulan cerita pasal buah ni... apa kata kita ikut sunnah Rasullullah s.a.w yang mana Nabi kita akan makan buah terlebih dahuluhu sebelum makan nasi... kita kebiasaannya sebaliknya.

Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

klik sini untuk Kenapa ****** Bijak?

Sayangi diri dan sesama kita...


Salam Aidiladha... Selamat menyambut hari raya Korban...
Mudah-mudahan sempena menyambut hari yang indah ini akan membawa satu perubahan baru dalam diri kita. Yang baik kita perbanyakkan yang buruk kita hidarkan. IsyaAllah... Hari ini, mari kita berkongsi satu cara untuk meningkatkan kesihatan zahir dan batin... Bagaimana ya....? O.k Mudah saja, saling bantu membantu dengan ikhlas dan menyayangi diri dan sesama kita kerana Allah s.w.t

Hadith riwayat Tabrani: "Apabila seseorang muslim berjumpa sesamanya dalam keadaan kesukaran lalu tolongnya secara sempurna, maka seluruh dosa mereka akan gugur laksana daun-daun berguguran dari pohonnya dihembus angin, ertinya seluruh dosa mereka terhapus walau sebanyak buih di lautan".

Hari ini hari RABU...

Salam... semua orang tau hari ni ari rabu... Saje je nak tulis tajuk entry kali ni macam ni... He..he.. semalam tidor ntah pukul berapa ntah. Penat main ping pong dengan sheik2 kat surau. Muhuhahahaa... Pas je jemaah ada kenduri doa selamat... Lepas tu tuan haji - tuan haji kat surau ajak berentap plak... muhuhuhhahahaha mmg best... Riadah...
Jom baca -
Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains/
Dr. Danial Zainal Abidin.


Buku ni memang bagus le dibaca. Bukan nak promote tapi nak ajak kengkawan baca... nak ulas banyak jugak ... Kandungannya bagus sekali untuk kita... Jom baca buku... nak sambung baca lagi... belum habis daa....

Info Pagi Sabtu...


Tip Kesihatan: Faktor2 yang membawa kepada menjadi pelupa/melemahkan ingatan dan kefahaman.

  • Melihat perkara yang haram
  • Melancap
  • Membuang air kecil semasa menggosok gigi
  • Meminum atau memakan makanan yang bercampur semut
  • Tidak membaca Al-Quran
  • Mengumpat dan mengata
  • Asyik bercinta-cintaan (mengikut nafsu/bukan cara Islam)
  • Terlalu memikirkan yang bukan2
  • Sentiasa berada dalam keadaan keluh kesah atau dukacita
Info ini di petik daripada Perancangan Eksekutif Islam 2010. Moga dapat dikongsi bersama... InsyaAllah...

Niat - Permulaan Segala Amalan

Salam Jumaat... Apa kata mulai hari ni sekiranya kita lupa berniat untuk setiap pekerjaan yakni amalan perbuatan yang kita lakukan saban hari, mari kita mulakan segera. Mudah2an mendapat pahala dengan setiap apa yang kita lakukan. InsyaAllah...

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs bin Khattab r.a., aku mendengar Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrahuntuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah"

- Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Syaikh Hasan Al-Banna

Ia dilahirkan di desa Mahmudiyah kawasan Buhairah, Mesir tahun 1906 M. Ayahnya, Syaikh Ahmad al-Banna adalah seorang ulama fiqh dan hadits. Sejak masa kecilnya, Hasan al Banna sudah menunjukkan tanda-tanda kecemerlangan otaknya. Pada usia 12 tahun, atas anugerah Allah, Hasan kecil telah menghafal separuh isi Al-Qur'an.

Salam... sambil membaca artikel tentang biografi tokoh2 islam... rasa macam nak share je ngan kengkawan... Ini salah satu tokoh Islam. He..he...













Masjidil Haram, Mekah. (Gambar hiasan)

Kearah KESIHATAN yang positif

Penyakit sebagai satu musibah

Penyakit merupakan musibah yang menimpa manusia untuk menguji sejauh mana tahap ketahanan anti bodi seseorang.

Cara menghadapi musibah

  • Bersabar
  • Meletakkan harapan yang positif
  • Mengingati penderitaan orang lain
  • Memperbanyakkan mengingati tuhan
Sesungguhnya bagi setiap penyakit itu ada ubatnya. Maka apabila ubat itu serasi dengan penyakit, ia akan sembuh dengan izin Allah'azza wajalla.

(Riwayat Muslim dari hadis Abi Az-Zubair dari Jabir dari Rasullullah)

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin


Salam.... Kepada semua yang singgah di buluhlemang ni.... sudi2lah terima kad raya kat atas ni ek.... Salam Aidilfitri...

Salam Ramadhan.... Terima kasih buat BATARA GURU yang bagi kad raya bawah ni.... He..he..

12 barisan di akhirat


Salam.... Tazkirah ni dapat dari kawan masa belajar dulu... harap dapat dikongsi bersama2. InsyaAllah...

12 BARISAN DI AKHIRAT
Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN 1
: Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KE-2 : Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KE-3
: Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KE-4 : Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KE-5
: Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KE-6
: Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka

BARISAN KE-7
: Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KE-8
: Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KE-9 : Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KE-10
: Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KE-11
: Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KE-12
: Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....Wallahua'alam.

Moh memasak...


Alhamdulillah... Selesai je berbuka dan solat maghrib ni sambil2 menunggu isyak ambil kesempatan ni untuk update buluh lemang... he..he..

Semalam... Isteri tak berapa sihat, tak larat nak memasak. Ape lagi, teman le yang kena masak... He..he.. masak bubur nasi special nyer kasi isteri tercinta.
Hari ni ingat dah sihat le... sekali dia sambung demam la... Kena la amik cuti rehat ngantor die ke Hospital.
Ini bermakna ari ni pun teman masak lagi.... he..he.. tapi tak sempat nak ambik gambar dah lenyap masuk perut. Muhuhahahaha... hari ini teman masak sambal tumis udang + sup sayur + ayam goreng. He..he.. Buka puasa tadi sebelum melenyapkan resepi hari ini, kami mulakan dengan kurma Safia Yusof Taiyooooooob... Tapi malangnyer 70% juadah ari ni, teman yang belasah... orang umah tak lalu nak makan. Makn sikit je... He..he.. harap2 esok sihat le dia... Banyak benda nak kena setel kat tempat keje. He..he.. sesekali memasak untuk isteri best gak ek... dapat makan resepi sendiri. Muhuhahahaa.... tolong menolong....

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik kamu ialah orang yang berbaik kepada isterinya, aku adalah orang yang paling baik antara kamu terhadap isteri. Tidaklah menghormati akan perempuan kecuali lelaki yang mulia dan tidak pula menghinakannya kecuali lelaki yang hina.” (Hadis riwayat Ibnu Asakir).

We are The Champion

Salam... He..he.. dalam kesibukan kerja nak pulak ditempat baru ni sempat lagi bersukan bersama kawan-kawan. (Main PAINT BALL)

"Saidina Umar al-Khattab pernah berpesan kepada ummat Islam suatu masa dahulu, katanya : Ajarilah anak-anak kalian berenang, memanah (menembak), seni pertahankan diri dan menunggang kuda."

Cara menangani H1N1


Ini face mask yang kini sedang naik harga. (bukan barang kawalan) semua orang sekarang kebanyakannya dah beli dan pakai terutana sekali budak sekolah... Bagus pakai face mask ni, sekurang2nya ada la usaha nak elak penyakit merbahaya yang sedang melanda kita akhir2 ni. Kalau nak selamat lagi, and kalau sanggup beli la mask ni..... he...he...
Marilah sama-sama kita berdoa disamping usaha yang kita lakukan untuk mencegah H1N1. Kalau usaha saja tak berdoa ..................
Kalau berdoa tak usaha ....................
Mencegah itu lebih baik dari mengubat...
Allah maha kuasa . Setiap sesuatu kejadian mesti ada hikmahnya....
Semoga kita bersama-sama bermuhasabah.

Jom kayuh...

Dah lama tak kayuh... hari ni semangat nak mengayuh basikal sampai ke BRINCHANG. Aduiiii nk tercabut kaki rasenya. Memang...memang... memang penat... berpeluh2 sebaldi.
Tapi memang...memang..memang... bagus untuk kesihatan.
Berbasikal ni bagus untuk membantu jantung kita menjadi lebih sihat serta menolong peredaran darah menjadi lebih baik tetapi kena buat perlahan-perlahan bagi 'beginner' dan beransur-ansur. Jangan ekstrem nanti bukan baiknya yang kita dapat sebaliknya pula... :) Aktiviti ni dapat mencegah beberapa penyakit yang melibatkan jantung. InsyaAllah...
Islam memandang berat soal penjagaan kesihatan ummatnya. Islam mengajar kepada kita untuk menjaga kesihatan dengan cara pencegahan sebelum ditimpa sebarang penyakit, “Mencegah itu lebih baik daripada berubat” sementara apabila ditimpa penyakit, maka kita disuruh untuk mengubatinya.
“وننزل القرءان ما هو شفاء ورحمة للمؤمنين - سورة الإسراء : 82

Pesan Abang


(Lagu ini ditujukan khas untuk adik2 /anak2 remaja kini. semoga menjadi satu motivasi diri. InsyaAllah)

Adik ku muda remaja, Awasi bila melangkah
Wajahmu manis bak gula, Pasti ramaikan tergoda
Tidak dilarang kau bersuka, Asal tahukan batasnya
Jangan sampai adik terlupa, Harapan dan cita-cita
Ibu dan ayah menaruh harapan
Agar kau berjaya dihari kemudian

Bila tiba waktu petang, dari sekolah kau pulang
Bergalas buku di pinggang, siapa lihat tertawan
Adik masih bersekolah, awas segala dugaan
Adikkan ambil periksa, agar senang masa depan

c/o
Tumpukan perhatian, dengan sepenuhnya
Serahkan selainnya, kepada yang Esa

Bila adik telah berjaya, abangkan turut gembira
Tapi andai sebaliknya, jangan kau rasa kecewa
Sekali adik terkandas, bukan untuk selamanya
Dihati ingat pesanan ingat abang tetap sayang.

Lagu: Sudirman
Tajuk: Pesan Abang

Bila dengar lagu ni rasa bersemangat pulak. Tengok remaja sekarang ni yang terlalu alpha dengan dunia muda. Sedarlah adik2/anak2, muda tu sekali sahaja. Nak enjoy... bukan masa muda sahaja. Kita mesti enjoy selamanya. Baru bahagia tapi ada masanya. Ingat hidup didunia ni adalah tempat kita mengumpul sebanyak mungkin khazanah yang dapat membantu kita di sana kelak.

"Kita sendiri yang memilih, jalan mana yang kita hendak lalui"
-Dr.Araz

Salam.... Menanti Julai...

Salam semua rerakan... maaf lama tak update.. ni baru nak aktif... terlalu sibuk.

Anyway... nanti kalu ada kesempatan nak ziarah semua kawan.


Ni aktiviti terkini... pi majlis doa selamat umah kawan.
Sekarang tengah sibuk uruskan reposting baru. Adoi... tak tau lagi macam mana keadaan tempat baru. harap membantu.

Panggang Ayam.....


Salam... hujung minggu baru lepas ada gotong royong memanggang ayam. Saja2 kawan2 kat umah plan. Best jugak. Walaupun kesuntukan masa tapi tetap join gak. he..he.. drive dari umah ke K.L lewat sikit lebih kurang kul 9.00mlm lepas habis program sampai dalam kul 12.30mlm. Waaaa.... penat jugak. Dah dua ari ni... penat tak habis lagi...

Sekadar renungan...
"Hidup di dunia ini memerlukan antara satu sama lain, dalam apa jua keadaan terutama semasa sakit, mendapat kesusahan, ditimpa bencana dan sebagainya. Tiada siapa yang dapat hidup bersendirian. Oleh kerana itu, manusia mestilah sama-sama berusaha mengekalkan keharmonian dalam kehidupan supaya ketenangan jiwa dapat diperolehi dan kebahagiaan hidup dapat dinikmati."Pagi sebelum gotong royang panggang memanggang tu main bola tampar. Ada pertandingan sempena hari guru. Best gak... tapi dah lama tak main, skill habis... malu betul.

Sebagai renungan...
" Di dalam medan hidup,ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan.Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi.
(Hamka). "

Baju Melayu


Salam... macam biasa ari ni Jumaat, kalu kakitangan kerajaan biasanya kena pakai Baju Melayu siap bersamping. He..he.. hari ni aku kena tegur ngan Datin. Pakai Melayu biasa tapi buat macam baju melayu johor. Kuang-kuang... alasan aku pakai cam tu bukan ape saje je tak ada tempat nak letak dompet ngan phone. he..he..

Satu peristiwa hari ini....


Salam... Satu peristiwa hari ini....
Saya suka memerhati gelagat orang. Macam-macam ada... Pada pandangan peribadi saya, dalam kehidupan seharian manusia seringkali lupa. Terutama sekali anak2 muda zaman sekarang. Apa yang saya maksudkan itu ialah ADAB.

"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaian"-(HAMKA)

Muda mudi sekarang khususnya banyak yang lupa bab2 ini. Aduh... sakit jantung dibuatnya. Tak kira siapa, dimana saja, buat ikut suka hati saja. Kalau ditegur nanti kata kita tak sporting, tak up to date. Tapi kalau tak ditegur makin menjadi-jadi pulak. Mmmmmm..... dunia sekarang.

Kata Hukama, "Hendaklah adab sopan anak2 itu dibentuk sejak kecl kerana ketika kecil nudah membentuk dan mengasuhnya" - (HAMKA)

SELAMAT HARI GURU

Salam kepada semua.... Terima kasih CIKGU....
SELAMAT HARI GURU
Sempena dengan hari guru tahun ni yang bertema GURU PEMBINA NEGARA BANGSA, lagu ini ditujukankhas buat semua guru. He..he..

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Siapalah KITA...

Salam... hari ni terdengar satu luahan. Dari kengkawan jugak tapi tak mengapa. Moga jadi pengajaran utk kita bersama.

Kata2 beliau yang tak sedap didengar [Masuk Universiti ........ low class, budak2 yang masuk U tu memang tak best. ....Saya masuk U ...... dapat belajar ambik ijazah pas tu buat master.... gaji tinggi, jawatan besar, jadi Pengarah, masuk maktab apa ada. Gaji rendah] MasyaAllah....

Moral:
" Pangkat, darjat bukanlah kayu ukur pada kita semua. Yang menjadi ukuran disisi Allah adalah AMALnya. Kita jangan bandingkan kesenangan, kemewahan, perjawatan, pendidikan kita dengan mereka yang tidak berpelung. Jangan sesekali bongkak, bangga diri dengan kelebihan yang Allah pinjamkan. Low class? High Class? apa bezanya? Kalau peribadi mulia jauh kebelakang. Sidiran...memang pedih daripada tempeling (pelempang). Betul kata pepatah LIDAH ITU LEBIH TAJAM DARIPADA MATA PISAU. Semoga Allah menjauhkan kita daripada sifat buruk itu."

Sibuknya aku...

Salam...
Maaf pada kengkawan. 2-3 minggu ni bermula la episod sibuknya aku sampai tak sempat nak update buluhlemang ni ha. Memang sibuk tul... berat pun dah kurang 5 kg. Penat ngan tugas yang tak pernah henti. Nama pun kerja. Kalu tak buat dengan betul2 mana pulak rezekinya. Mudah2an Allah memudahkan segala urusan seharian disamping menambahkan ibadah pada-Nya. Ameen...


**Ni gambar tempat keje terkini... Setiap hari habiskan 8 ke ..... jam sehari. Penat betul. Namun semua itu sudah menjadi biasa. He..he..

Bola satu dari bola 2

Bola sepak 5 sebelah bawah 12 tahun...
Gambar ni dirakamkan pagi tadi. He..he.. terkenang zaman sekolah dulu. Best Jugak main bola. Lama dah tak main bola sepak ni, kasut bola dah gantung dah. Sekrang ni dok minat main badminton lak. He..he.. Majulah sukan untuk kesihatan diri...

Kebahagian


Salam kepada semua pembaca...
Selamat berhujung minggu...

Disini saya ingin berkongsi bersama satu hadith riwayat Ad-Dilmi
Rasullullah s.a.w bersabda, Maksudnya: "Empat perkara di antara kebahagiaan seseorang iaitu hendaklah isterinya seorang yang salih, anak-anak yang baik, kawan-kawan yang jujur dan sumber rezeki dari negeri sendiri".

Semoga kita dapat renungkan bersama-sama. Ameen...

Dalam empat perkara ingin saya fokuskan kepada yang ketiga iaitu kawan yang jujur. Dalam hidup ni kita sebagai insan biasa pastinya mempunyai ramai kenalan dan kebiasaannya akan menjadi kawan. Untuk menjadikan kenalan sebagai kawan bukannya mudah. Tak semua kenalan boleh dijadikan kawan dan tak semua kawan boleh dijadikan sahabat. Kawan... sukar untuk diukur sejauh manakah kejujurannya dalam berkawan tetapi kita boleh membentuk diri sendiri supaya menjadi kawan yang jujur kepada kenalan/kawan kita. InsyaAllah... Amatlah sukar untuk membentuk orang seperti yang kita kehendaki, maka bentuklah diri sendiri supaya menjadi seperti mana yang diinginkan.

Wassalam...

Unit Perisikan 007

Untuk kita renungkan...



Ini ada gambar yang di ambil pada 120409 lokasi KINTA CITY, IPOH.
Ape bebudak tiga orang ni buat atas bumbung jam 1500. Aii hari tu panas gak le cuaca nyer. Entahlah...

Ini pulak gambar yang sempat dirakamkan dalam KINTA CITY, IPOH. Dikesempatan itu, sempat jgak gi masuk kedai buku. Tak beli buku pun... he..he.. tak de buku yang berkenan. Kat sana ramai jugak org. 95% Cha ya nun alif, dan selebihnya org kite dan lain-lain. Tak ramai org kite yang suka membaca. Sesape yang suka membaca memang respectlah. Banyak ilmu, banyak informasi, minda berkembang (bahan bacaan bermanfaat).

Yang sedihnya bila lalu je kat pusat hiburan keluarga, majoritinye org kite. Aduiii... napela jadik gitu. Bukan tak boleh, tapi kalu tengak rupanyer sedih ngat tak kena cara nak cari hiburan. Laki pompuan campur ntah buat apa tah. Tak tau malu langsung. MasyaAllah. Terutama dalam kotak karaoke. Bila la mereka ni nak sedar. Kesian...

Ku berdoa semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua supaya sedar dan balik kejalan yang diredhoiNya.

Wassalam...

Siapakah..............


Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Retrieved from: zur_yie@yahoo.com
He..he.. Entry ni saya dapat dari rakan serumah masa bujang2 dulu. He..he.. bagus gak buat renungan kita bersama. InsyaAllah...

999


Nombor 999 nombor kecemasan... tetapi ari tu bila lama dah tak online sekali bukak blog ni terus jadi orang yang ke 999 buka blog sendiri wa..wa..wa...wa...
Apa2 pun o.k lah....

Salam...


Salam pada semua...
Beberapa bulan kebelakangan ni memang betul2 sibuk...
Mohon maaf ye kengkawan. InsyaAllah sekarang dah free ni boleh le jengok rakan2 blog nanti IsyaAllah...

Taubat Seorang Hamba


Salam... Kerja banyak minggu ni. Sampai jummaat 6/3/09 aduh maybe sibuk sikit. Tetapi dikesempatan ni sya ingin berkongsi lyric yang bagus ini bersama. Setiap hari setiap detik kita tak lepas daripada melakukan kesilapan. Maka, sementara masih sempat bertaubatlah. Pintu keampunan sentiasa dbuka. Allah itu maha pegasih lagi maha penyayang.
Lyric lagu ni di ambil dari internet. Menarik dan bermakna... semoga dapat dikongsi bersama.

Hati hiba mengenangkan
Dosa-dosa yang ku lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima taubat hamba berdosa....

Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah...terimalah...terimalah...
Taubatku ini.....

Senang tapi susah nak buat, Susah tapi suka buat


Salam...
E3 ini ingin dikongsi bersma rerakan blogger.
Apa yang senang tapi susah nak buat?
Nak buat baik... senang je, contoh; kutip secebis sampah yg kita nampak dan tolong buangkan dalam tong sampah. pahala besar tu. Tapi jarang kita buat. Tengok je... tindakan...?

Yang susah tapi suka kita buat?
Contohnya; mengumpat. Ha...sape yg suka ngumpat jgn terasa lak ek. Kalu nak ngumpat nak kena ada maklumat, nak kena reka maklumat, nak kena cari org yang nak share ngumpat, nak kena pikir apa yang nak diumpat, byk keja tu... dosa pun memang besar... tapi suka ngat dibuat.

Ini contoh je. Sebagai peringatan buat kita bersama IsyaAllah...
"Carilah yang disana kita kan perolehi yang disini dan disana, kalu kita cari yang disini kita hanya perolehi yang disini sahaja"
Wasalam....

Hubungan....MUHASABAH DIRI


Salam...

Dalam hidup ini, sebagai manusia biasa yang senantiasa melakukan kesilapan dan serba serbi kekurangan.
Apa yang terbaik untuk kita adalah sentiasa bermuhasabah diri. Manusia seringkali menghukum tanpa menilai samada ianya atas kesilapan dirinya sendiri ataupun atas kesilapan orang. Kebiasaannya, kita sentiasa melihat kesilapan orang untuk menutup kekurangan diri atau pun kita tidak sedar akan kesilapan kita. Kejujuran, keikhlasan dan kesabaran merupakan antara aspek penting dalam diri.
Tidak salah kiranya kita berehat seketika berselawat dan cuba mengenali diri dan memahaminya.
Biarkan iman menghitungnya, jangan biarkan nafsu yang mengawalnya.
"Orang yang pandai ialah orang yang mahu menilai nafsunya dan beramal untuk bekal kehidupan sesudah mati. Dan orang yang lemah ialah orang yag mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan yang sia-sia".
- Riwayat Imam Ahmad


Sekadar berkongsi pandangan...
Wasalam.

JIWA bukan nama orang je...

***Gambar ini sekadar hiasan tiada kaitan samada yang hidup atau yang mati.

Kehidupan di dunia ini sentiasa berubah-ubah. Ada kalanya menggembirakan, ada kala mendukacitakan . Ada pasang surutnya.
Begitu juga dengan jiwa kita, akan mengalami perubahan samada sedar mahupun tidak sedar. Damai... Gembira... Tenang... Bahagia... Resah... Gelisah... gundah gulana... Kaya mahupun miskin harta bukan penentu segalanya.
Jiwa merupakan satu perkara yng aling mustahak yang dapat menentukan perjalanan hidup kita samada suka atau duka.
Jiwa yang mantap dibimbing seiring dengan ilmu agama akan mendorong individu menemui jalan kegemilangan/kebahagiaan di dunia dan juga akhirat kelak.
Jiwa yang kosong berpandukan hawa nafsu akan menemui jalan buntu dan menerima impak yang amat dasyat.
Kenapa? Tak percaya?
Itulah realitinya...

MUDAH TAPI SUSAH

Salam...
Sebagai satu pesanan dan ingatan untuk dikongsi bersama terutama untuk diri sendiri.

Apakah yang mudah dalam kehidupan seharian kita tetapi agak susah nak dilakukan/jarang diamalkan/kadang-kadang/sesekali/bila dalam kesusahan saje/ bila teringat baru nak buat/ waktu tertentu saje (lepas sembahyang je)...?

BERDOA...
Berdoa adalah satu ibadat. Perkara yang paling mudah untuk dilakukan. Ianya boleh dilakukan dimana saja (yang sesuai), dalaam apa jua bahasa yang difahami namun begitu hendaklah melakukan doa itu sebaik-baik dan secermat-cermatnya dengan memelihara adab-adab doa.

"Mohonlah (mintalah) kamu kepadaKu, Aku perkenankan permohonan (permintaan) kamu itu"
[Al-Mukmin:60]


InsyaAllah... Wasalam

Rasulullah saw. biasa berdoa: Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, menyia-nyiakan usia dan dari sifat kikir. Aku juga berlindung kepada-Mu dari siksa kubur dan dari fitnah kehidupan serta kematian

Content: Buluh Lemang

My Blog List

Related Posts with Thumbnails