Salam kepada semua pembaca...
Selamat berhujung minggu...
Disini saya ingin berkongsi bersama satu hadith riwayat Ad-Dilmi
Rasullullah s.a.w bersabda, Maksudnya: "Empat perkara di antara kebahagiaan seseorang iaitu hendaklah isterinya seorang yang salih, anak-anak yang baik, kawan-kawan yang jujur dan sumber rezeki dari negeri sendiri".
Semoga kita dapat renungkan bersama-sama. Ameen...
Dalam empat perkara ingin saya fokuskan kepada yang ketiga iaitu kawan yang jujur. Dalam hidup ni kita sebagai insan biasa pastinya mempunyai ramai kenalan dan kebiasaannya akan menjadi kawan. Untuk menjadikan kenalan sebagai kawan bukannya mudah. Tak semua kenalan boleh dijadikan kawan dan tak semua kawan boleh dijadikan sahabat. Kawan... sukar untuk diukur sejauh manakah kejujurannya dalam berkawan tetapi kita boleh membentuk diri sendiri supaya menjadi kawan yang jujur kepada kenalan/kawan kita. InsyaAllah... Amatlah sukar untuk membentuk orang seperti yang kita kehendaki, maka bentuklah diri sendiri supaya menjadi seperti mana yang diinginkan.
Wassalam...
WORDLESS WEDNESDAY - MEE CELUP
2 days ago
2 comments:
Betul tu Dr Araz...kita tidak berupaya mengubah atau menyuruh orang lain berlaku jujur tetapi kita mampu mengubah diri sendiri (dgn izin Allah)dan berlaku jujur. Oleh itu ubahlah diri sendiri terlebih dahulu sebelum cuba mengubah orang lain..
hanya mampu jadi rakan setia maya...
Post a Comment