Buluh Lemang With LOVE

The ROAD of HAPPINESS

Senang tapi susah nak buat, Susah tapi suka buat


Salam...
E3 ini ingin dikongsi bersma rerakan blogger.
Apa yang senang tapi susah nak buat?
Nak buat baik... senang je, contoh; kutip secebis sampah yg kita nampak dan tolong buangkan dalam tong sampah. pahala besar tu. Tapi jarang kita buat. Tengok je... tindakan...?

Yang susah tapi suka kita buat?
Contohnya; mengumpat. Ha...sape yg suka ngumpat jgn terasa lak ek. Kalu nak ngumpat nak kena ada maklumat, nak kena reka maklumat, nak kena cari org yang nak share ngumpat, nak kena pikir apa yang nak diumpat, byk keja tu... dosa pun memang besar... tapi suka ngat dibuat.

Ini contoh je. Sebagai peringatan buat kita bersama IsyaAllah...
"Carilah yang disana kita kan perolehi yang disini dan disana, kalu kita cari yang disini kita hanya perolehi yang disini sahaja"
Wasalam....

Hubungan....MUHASABAH DIRI


Salam...

Dalam hidup ini, sebagai manusia biasa yang senantiasa melakukan kesilapan dan serba serbi kekurangan.
Apa yang terbaik untuk kita adalah sentiasa bermuhasabah diri. Manusia seringkali menghukum tanpa menilai samada ianya atas kesilapan dirinya sendiri ataupun atas kesilapan orang. Kebiasaannya, kita sentiasa melihat kesilapan orang untuk menutup kekurangan diri atau pun kita tidak sedar akan kesilapan kita. Kejujuran, keikhlasan dan kesabaran merupakan antara aspek penting dalam diri.
Tidak salah kiranya kita berehat seketika berselawat dan cuba mengenali diri dan memahaminya.
Biarkan iman menghitungnya, jangan biarkan nafsu yang mengawalnya.
"Orang yang pandai ialah orang yang mahu menilai nafsunya dan beramal untuk bekal kehidupan sesudah mati. Dan orang yang lemah ialah orang yag mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan yang sia-sia".
- Riwayat Imam Ahmad


Sekadar berkongsi pandangan...
Wasalam.

JIWA bukan nama orang je...

***Gambar ini sekadar hiasan tiada kaitan samada yang hidup atau yang mati.

Kehidupan di dunia ini sentiasa berubah-ubah. Ada kalanya menggembirakan, ada kala mendukacitakan . Ada pasang surutnya.
Begitu juga dengan jiwa kita, akan mengalami perubahan samada sedar mahupun tidak sedar. Damai... Gembira... Tenang... Bahagia... Resah... Gelisah... gundah gulana... Kaya mahupun miskin harta bukan penentu segalanya.
Jiwa merupakan satu perkara yng aling mustahak yang dapat menentukan perjalanan hidup kita samada suka atau duka.
Jiwa yang mantap dibimbing seiring dengan ilmu agama akan mendorong individu menemui jalan kegemilangan/kebahagiaan di dunia dan juga akhirat kelak.
Jiwa yang kosong berpandukan hawa nafsu akan menemui jalan buntu dan menerima impak yang amat dasyat.
Kenapa? Tak percaya?
Itulah realitinya...

MUDAH TAPI SUSAH

Salam...
Sebagai satu pesanan dan ingatan untuk dikongsi bersama terutama untuk diri sendiri.

Apakah yang mudah dalam kehidupan seharian kita tetapi agak susah nak dilakukan/jarang diamalkan/kadang-kadang/sesekali/bila dalam kesusahan saje/ bila teringat baru nak buat/ waktu tertentu saje (lepas sembahyang je)...?

BERDOA...
Berdoa adalah satu ibadat. Perkara yang paling mudah untuk dilakukan. Ianya boleh dilakukan dimana saja (yang sesuai), dalaam apa jua bahasa yang difahami namun begitu hendaklah melakukan doa itu sebaik-baik dan secermat-cermatnya dengan memelihara adab-adab doa.

"Mohonlah (mintalah) kamu kepadaKu, Aku perkenankan permohonan (permintaan) kamu itu"
[Al-Mukmin:60]


InsyaAllah... Wasalam

TUNAI.BANYAK.JAUHI.TINGGAL


Salam...
Wahai rerakan blogger. Sekadar untuk berkongsi. Sekiranya ada salah dan silap harap dimaafkan.... mohon beri tunjuk ajar pada saya..

TUNAI: Tunaikan yang wajib. Kita seringkali lupa atau leka atas kewajipan kita. Maka penuhi dan laksanakan apa yang telah diwajibkan keatas kita.

BANYAK: Perbanyakkan amalan sunnah. Amalan sunat dapat menampung cacat cela atau kekurangan dalam amalan wajib kita.

JAUHI: Perkara yang makruh keatas kita seharusnya kita berusaha untuk mengelakkannya.

TINGGAL: Jangan sesekali mecuba atau bercita-cita untuk melakukan perkara yang dilarang yakni diharamkan kepada kita melakukannya. Setiap apa yang diperintahkan adalah satu arahan dari Maha Esa. Ada sebab dan musababnya mengapa dan kenapa.

InsyaAllah. Sekiranya kita dapat mengamalkannya maka mudahlah urusan kita di dunia dan akhirat kelak. Wasalam...

In my point of view...


Salam...
Sekiranya anda seorang guru atau bakal menjadi guru atau bercita-cita nak jadi seorang guru ini ada satu pendapat yang yang ingin dikongsi bersama.

Guru...
Bukan senang nak jadi guru
Jangan harap bila jadi guru cuti banyak boleh relax.... (methos je), kecuali guru malas.
Cabaran guru sekarang... wah...boleh tahan
Berhadapan dengan mak bapak budak ....
Ngajar budk pandai (memang tercabar)
Mangajar budak lemah ( 10x tercabar)
Kepuasan seorang guru (bila murid/pelajar ada perubahan, walaupun sdikit)

He..he..

Siapakah manusia yang paling kuat?

* Gambar sebelah hanya sebagai hiasan je. He..he..

Persoalan kali ini sengaja saya timbulkan untuk dikongsi bersama. InsyaAllah....

Adakah anda tahu........
Sape......
Nak teka.....
tak payah la ek nak teka2.... direct to the point je lah.
Manusia yang paling kuat sekali di muka bumi ni ialah insan yang berjaya bangun untuk solat Subuh tepat pada masanya dan insan yang sentiasa tidak melengah2kan masa untuk mengerjakan setiap solatnya.

Apa macam.... Adakah anda seorang yang kuat?

He..he...
Salam.....

Why we need to observed our child?

Sometime we forgot to think about it...
We just let our child growth with hope. It is enough?
Do you see your child develop? What I mean from emotional, physical, cognitive, social, moral and language.
Do you know their need? Love, food, shelter and stimulation.
It's not easy but it must be alert about it as a parent.

We as a father and mother live with a big responsible. If something good about our child it will refer to us, and also bad it will come to us also.

Wassalam
........................

Remaja 3








Salam...
Saya sedang menjalankan satu kajian berkenaan dengan remaja lelaki. Harap rakan2 blogger dapat membantu untuk mendapatkan tambahan dapatan. Beberapa kriteria yang sedang dikaji;
1. Masalah yang menghantui remaja lelaki
2. Faktor penyebab
3. Cara mengatasi

Sekiranya rakan blogger mempunyai pandangan atau pendapat sudi2lah berkongsi. InsyaAllah semoga ianya mendapat keberkatan Allah s.w.t

Rasulullah saw. biasa berdoa: Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, menyia-nyiakan usia dan dari sifat kikir. Aku juga berlindung kepada-Mu dari siksa kubur dan dari fitnah kehidupan serta kematian

My Blog List

Related Posts with Thumbnails