Salam...
Wahai rerakan blogger. Sekadar untuk berkongsi. Sekiranya ada salah dan silap harap dimaafkan.... mohon beri tunjuk ajar pada saya..
TUNAI: Tunaikan yang wajib. Kita seringkali lupa atau leka atas kewajipan kita. Maka penuhi dan laksanakan apa yang telah diwajibkan keatas kita.
BANYAK: Perbanyakkan amalan sunnah. Amalan sunat dapat menampung cacat cela atau kekurangan dalam amalan wajib kita.
JAUHI: Perkara yang makruh keatas kita seharusnya kita berusaha untuk mengelakkannya.
TINGGAL: Jangan sesekali mecuba atau bercita-cita untuk melakukan perkara yang dilarang yakni diharamkan kepada kita melakukannya. Setiap apa yang diperintahkan adalah satu arahan dari Maha Esa. Ada sebab dan musababnya mengapa dan kenapa.
InsyaAllah. Sekiranya kita dapat mengamalkannya maka mudahlah urusan kita di dunia dan akhirat kelak. Wasalam...
TUNAI.BANYAK.JAUHI.TINGGAL
Posted by
Araz
Tuesday, February 17, 2009
3 comments:
Terimakasih atas peringatan ini.. Semoga Allah memberkati perjalanan kehidupan kita.
betul tu Dr.Araz...TUNAI kan yg wajib,BANYAK kan amalan,JAUHI dr segala dosa, dan TINGGAL kan semua yg haram di sisi agama...terima kasih Dr.Araz..
erm... thanks atas nasihat dr. tuh.
akan aku cube salin dalam nota
peribadi aku.
thanks~
Post a Comment