Posted by
Araz
Saturday, January 30, 2010
**Gambar hiasan** Salam... teman sering ditanya dan ramai yang berjumpa mengadu selalu stress dengan kerja atau aktiviti harian yang mereka lakukan. Banyak kaedah atau cara untuk menghilangkan stress sebenarnya. Namun cara yang terbaik untuk kita sebagai umat Islam ialah dengan menunaikan solat.
Solat fardhu lima waktu dan solat sunat (nawafil) berkeupayaan memberi ketenangan dan mengawal tekanan hormon dalam badan manusia. Solat yang khyusuk mampu memberi kesegaran kepada anggota badan dan membina kecergasan minda. Solat yang khyusuk adalah solat yang sempurna yang melibatkan tumpuan penuh fizikal dan hati kepada Allah SWT. Dalam usaha mencapai hakikat khyusuk ini, maka kita hendaklah bermula dari amalan mengambil wudhuk dengan sempurna, melaksanakan solat dengan cermat dari segi bacaan, qiyam, rukuk, iktidal, sujud, thoma'ninah serta memahami isi bacaan.
Firman Allah SWT dalam surah al-Ma'aarij ayat 19-22:
Maksudnya: "Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah. Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat kedekut. Kecuali orang yang mengerjakan sembahyang."
Berdasarkan ayat ini, ternyata keistimewaan amalan ibadah khusus membuktikan bahawa Islam telah menyediakan pakej penjagaan kesihatan fizikal (jasmani) dan spiritual (rohani) yang begitu diperlukan oleh manusia tanpa perlu taksub kepada konsep penjagaan kesihatan yang lain.
Posted by
Araz
Tuesday, January 19, 2010
10 JANUARI 2010: PERTANDINGAN PERSAHABATAN ANTARA JEMAAH SURAU AL-AMIN vs PEMUDA KAMPAR SEBAGAI SATU ACARA RIADAH SANTAI SAMBIL MENGERATKAN LAGI HUBUNGAN SILATULRAHIM SESAMA SAUDARA.
iNFo bersama buluhlemang:
Senaman amat penting dalam kehidupan kerana pelbagai jenis penyakit boleh dihindari dengan mengamalkan senaman yang berterusan. Contoh penyakit yang boleh menghinggapi manusia pada zaman ini akibat kurang bersenam ialah penyakit jantung koronari dan angin ahmar (strok). Penyakit ini juga boleh berlaku jika berat badan tidak dikawal dan mengamalkan pemakanan yang mempunyai kolestrol tinggi.
p/s: Beriadah/bersukan/bersenam adalah satu aktiviti yang sihat. Lebih cantik lagi apabila kita menjaga adab semasa beriadah. Pahala dapat badan pun sihat. InsyaAllah...
Posted by
Araz
Sunday, January 3, 2010
Salam... Sambil2 ziarah blog kengkawan petang tadi, tengok ada satu 'contest' yang menarik minat teman. Hehehehe... Memandangkan hati teman tergerak untuk menyertai 'edit photo contest' ni, maka teman cuba la 'edit' gambar yang teman ada untuk dipertandingkan. Menang kalah bukan lah tujuan tetapi saje suka2. Jom sesiapa yang berminat klik http://ochaz.blogspot.com/2010/01/hohoedit-photo-contest.html untuk menyertai pertandingan ini yang dianjurkan oleh Cik Ros. Kat blog Cik Ros ni ada syarat2nya. Daaa....
Ini gambar yang teman edit menggunakan adobe photoshop untuk dipertandingkan. Hehehehe...