Salam... teman sering ditanya dan ramai yang berjumpa mengadu selalu stress dengan kerja atau aktiviti harian yang mereka lakukan. Banyak kaedah atau cara untuk menghilangkan stress sebenarnya. Namun cara yang terbaik untuk kita sebagai umat Islam ialah dengan menunaikan solat.
Solat fardhu lima waktu dan solat sunat (nawafil) berkeupayaan memberi ketenangan dan mengawal tekanan hormon dalam badan manusia. Solat yang khyusuk mampu memberi kesegaran kepada anggota badan dan membina kecergasan minda. Solat yang khyusuk adalah solat yang sempurna yang melibatkan tumpuan penuh fizikal dan hati kepada Allah SWT. Dalam usaha mencapai hakikat khyusuk ini, maka kita hendaklah bermula dari amalan mengambil wudhuk dengan sempurna, melaksanakan solat dengan cermat dari segi bacaan, qiyam, rukuk, iktidal, sujud, thoma'ninah serta memahami isi bacaan.
Firman Allah SWT dalam surah al-Ma'aarij ayat 19-22:
Maksudnya: "Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah. Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat kedekut. Kecuali orang yang mengerjakan sembahyang."
Berdasarkan ayat ini, ternyata keistimewaan amalan ibadah khusus membuktikan bahawa Islam telah menyediakan pakej penjagaan kesihatan fizikal (jasmani) dan spiritual (rohani) yang begitu diperlukan oleh manusia tanpa perlu taksub kepada konsep penjagaan kesihatan yang lain.

7 comments:
kalau stress pun tak kan mancing pakai kain pelikat,bang. masuk kerengga kang!!!!
selain drp cara mengatasi stress spt yg dicatat - kat CH tu ade tak tempat memancing? dengar2 banyak sungai tercemar....
hehehe..suka tengok gambar lelaki sedang memancing itu..siapa agaknya dia ye?
OneZ: Mancing kat laut atas bot... kerengga tak sempat naik hehehehe.
Sonata: Mancing kat Laut kak... kat CH ni ikan beku ada la, sungai pun aduh....
Tirana: Mungkin tuan umah kot...
untuk hilangkan sterss, jumpa dan beramah mesra dengan zaki....gerenti hilang stress...muahaaaha
muhuhahahaha...
Salam,
Sabar menjadi bekal utama dalam menangani apapun jua masalah dan tekanan. Mohonlah taufik dan hidayah Allah. Sentiasa melafazkan kalimah toiyyibah, berselawat ke atas nabi serta beristighfar.
Beberapa kalimah mudah dan boleh diucapkan ketika santai...juga di beberapa ketika :
ketika memandu
ketika makan
ketika berehat
ketika bermenung
ketika apa sahaja (ikhlaskan kerana Allah).
Post a Comment