Buluh Lemang With LOVE

The ROAD of HAPPINESS

Semalam ayam... hari ni sotong...

Semalam punya resepi: Ayam Panggang banjir bermadu.
Hari ni punya sarapan pagi: Mee Hoon goreng bertebaran sotong.
Muhuhahahahaha... tolong orang umah masak... selalu die yang masak hujung minggu teman lak masak... Sesekali tukar selera...
Alhamdulillah rezeki Allah bagi...

Info di BL:

Firman Allah bermaksud: “Makanlah dan minumlah tetapi jangan berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.” (Surah Al-A’raf: 31) dan “Sesungguhnya orang yang membazir itu saudara syaitan dan syaitan itu kufur dengan Tuhannya.” (Surah Al-Israk: 27)

Ulang tahun ke-5


Salam... Sempena dengan ulang tahun ke-5 perkahwinan teman... Info ini teman jadikan sebagai entry hari ni sebagai satu perkongsian ilmu untuk tatapan pegunjung Buluh Lemang dan terutama sekali untuk diri saya sendiri... Amin.

"Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu daripada perangai buruk, dan kerakusan hawa nafsu dan janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau memberi kami petunjuk, berilah kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia (banyak memberi rezeki)."

Info bersama Buluh Lemang:
Salah satu caranya untuk menjadi tenang, aman dari sebarang maksiat dan kemungkaran... ialah dengan membetul rumahtangga dengan mengeratkan kasih sayang suami isteri dan membetulkan niat kita mendirikan rumahtangga iaitu mengelakkan kita daripada kemaksiatan serta meletakkan cinta kepada Allah didalam mengatur rumahtangga selaras dengan hukum hakam yang telah digariskan oleh syariat.

Sabda Rasullullah s.a.w:
'Apabila seorang hamba Allah telah beristeri/bersuami,maka ia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya, pada separuh yang lainnya hendaklah ia bertakwa kepada Allah Subhanallah Taala'

-Riwayat Al Baihaqi

Bila Lemang yang jadi pilihan...

Salam... kepada pengunjung buluhlemang.blogspot.com, mintak mahap banyak2 tak sempat nak jemput ke majlis MELEMANG sempena Maulidul Rasul di Cameron Highlands. Sambutan kali ini telah memilih lemang sebagai menu UTAMA. Semuanya dilaksanakan secara gotong royong... He...he...

Melemang di CH ni memang best...sejuk + panas = suam. He..he..
Sambil2 melemang reramai kat CH ni... dalam masa yang sama sempat jugak kami sambut hari jadi anak Mr.1zAbA sekali... Meriah gak...

Info di BL:

Untuk menghasilkan kerja yang baik dalam sesuatu kumpulan, kita mestilah bekerjasama, bergotong-royong melaksanakan tugas masing-masing. Sikap bantu membantu di antara satu sama lain, akan menimbulkan suasana
bekerja yang aman dan gembira.

Firman Allah juga menegaskan dengan maksud:
“Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan… (Al-Ma’idah : 2)

Semangat bergotong-royong adalah suatu ciri yang semestinya dipupuk terus dan disuburkan semula. InsyaAllah ada masa kita buat lagi... "Photo Snap"


Peluang...

***Gambar sebagai hiasan sahaja***
Setelah anda mempunyai peluang
1. Gunakan peluang yang ada sebaik mungkin
2. Jadikan peluang yang ada sebagai satu kelebihan bukan kekurangan
3. Jangan sia-siakan peluang yang ada… tak semua orang berpeluang
4. Jangan sesekali menggunakan peluang yang ada untuk keburukan
5. Bersyukur apabila mempunyai peluang
6. Mohon kepada yang Esa supaya peluang yang dikurniakan dapat digunakan untuk kebaikan diri sendiri dan juga orag lain.
7. Tawakal kepada Allah.

Dari Umar bin Khattab r.a berkata, bahwa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sekiranya kalian benar-benar bertawakal kepada Allah SWT dengan tawakal yang sebenar-benarnya, sungguh kalian akan diberi rizki (oleh Allah SWT), sebagaimana seekor burung diberi rizki; dimana ia pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang di sore hari dalam keadaan kenyang.
(HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu Majah).

Bagaimana nak kerja?


Salam jom kita kerja... Semua orang ada kerjanya tersendiri tak kira apa jawatan sekalipun. Persoalannya ialah: Bagaimana nak kerja?... Sebagai perkongsian ringkas bacalah baris2 seterusnya....

Bekerjalah dengan ikhlas dan lakukan tanggungjawab kita kerana Allah s.w.t.
“KERJA” yang halal merupakan amanah oleh Allah kepada setiap insan. Sebarang tugas atau kerja yang diberi oleh Allah kepada seseorang itu adalah menurut kemampuan orang itu sendiri seperti yang ternyata di dalam firman Allah yang bermaksud:

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan apa yang terdaya olehnya”. (Al-Baqarah:286)

Sikap kita dalam melakukan sebarang bentuk pekerjaan menentukan samada kita dapat menunaikan tugas dengan baik atau sebaliknya. Semuanya terpulang kepada kita sendiri.

Etika kerja dalam ISLAM
1. Bekerja Dengan Azam Mengabdikan Diri Kepada Allah
2. Bekerja Dengan ikhlas Dan Amanah
3. Bekerja Dengan Tekun Dan Cekap
4. Bekerja Dengan Semangat Gotong-Royong Dan Berpadu Fikiran
5. Bekerja Dengan Matlamat Kebahagiaan Manusia Sejagat

Siapa? Mengapa? Dimana? Bagaimana?

Siapa? Mengapa? Dimana?Bagaimana? … kita SENYUM.

Siapa: Kita la… / Mengapa: Suka, gembira, hormat, setuju (+ve) / Di mana: Bila2 masa yang perlu dan sesuai. / Bagaimana: Mimik muka yang di bahagian bibir @ mulut melengkung keatas sedikit @ banyak (terpulang).

Antara khasiat senyum:

[Psikologi] Mengurangkan stress / membuatkan kita lebih rileks @ santai /menambah seri wajah.

[Kesihatan] Mengelak daripada sakit jantung / infeksi paru-paru / senaman / penyakit cepat @ mudah sembuh / mengurangkan rasa sakit.

(Hadith Riwayat Imam Trumudzi, Ibn Hibban & Al-Baihaqi):
“Tersenyum ketika bertemu saudara adalah ibadah.”

(Hadith Riwayat Ad-Dailamy):
“Sesungguhnya Allah membenci orang-orang yang bermuka masam dihadapan saudara-saudaranya.”

Rasulullah pernah berkata;
“Sesungguhnya pintu-pintu kebaikan itu banyak: tasbih, tahmid, takbir, tahlil (dzikir), amar ma’ruf nahyi munkar, menyingkirkan penghalang (duri, batu) dari jalan, menolong orang, sampai senyum kepada saudara pun adalah sedekah.”

Jom senyum…

Rasulullah saw. biasa berdoa: Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, menyia-nyiakan usia dan dari sifat kikir. Aku juga berlindung kepada-Mu dari siksa kubur dan dari fitnah kehidupan serta kematian

My Blog List

Related Posts with Thumbnails