Salam... Sempena dengan ulang tahun ke-5 perkahwinan teman... Info ini teman jadikan sebagai entry hari ni sebagai satu perkongsian ilmu untuk tatapan pegunjung Buluh Lemang dan terutama sekali untuk diri saya sendiri... Amin.
"Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu daripada perangai buruk, dan kerakusan hawa nafsu dan janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau memberi kami petunjuk, berilah kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia (banyak memberi rezeki)."
Info bersama Buluh Lemang:
Salah satu caranya untuk menjadi tenang, aman dari sebarang maksiat dan kemungkaran... ialah dengan membetul rumahtangga dengan mengeratkan kasih sayang suami isteri dan membetulkan niat kita mendirikan rumahtangga iaitu mengelakkan kita daripada kemaksiatan serta meletakkan cinta kepada Allah didalam mengatur rumahtangga selaras dengan hukum hakam yang telah digariskan oleh syariat.
Sabda Rasullullah s.a.w:
'Apabila seorang hamba Allah telah beristeri/bersuami,maka ia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya, pada separuh yang lainnya hendaklah ia bertakwa kepada Allah Subhanallah Taala'
WORDLESS WEDNESDAY - MEE CELUP
2 days ago
12 comments:
semoga tiap tahun selagi bernafas kalian sambut ulang tahun.
tak mau bakar kambing ke sambut ulang tahun tu. kayu banyak lagi ni.
Kambing tak ada Jinggo a.k.a kucing GIJOE kat bawah ada la.... mau ka?
salam dr araz
Tahniah....pejam celik dah 5 tahun melayari rumahtangga...moga mahligai yang dibina kekal sepanjang hayat.
p/s : satu lagi petua untuk mengeratkan rumahtangga yang telah dibuktikan berkesan ....hidup berjauhan, sorang kat Cameron...sorang kat Kampar...seminggu dua kali ja jumpa...adussss...
Selamat Ulang Tahun ...
Semoga kebahgian berkekalan di dunia hingga ke akhirat ... amin
salam,
hepi eniveseri,
moga selalu berseri..
tahniiah...semoga berbahagia selalu dan hidup diberkati dan dibawah lindungan yg maha esa...amin
Happy Anniversary...moga kebahagiaan berkekalan
Ustaz Eds: Time kasih Sheikh... petua tu mmg bagus. Hua hua hu...
Cikgu Linn / Cikgu Myri / Natasha / Kak Tirana: Terima kasih banyak2. Amin...
5 tahun bermakna fasa pertama berjaya ditempuhi memasuki pula fasa kedua yang mencabar. Semoga semuanya dapat dihadapi dengan sebaik2nya..
SELAMAT ULANGTAHUN.. Semoga Berkekalan :)
slmt ulngthn..
Salam..:)
Alhamdulillah...
Selamat Ulang Tahun ..Semoga kebahagiaan yang abadi & diberkati selamanya...:)
terima kasih semua... hua hua hu..
Post a Comment