As-Salam... bersempena dengan ulang tahun kelahiran teman dan sementara menunggu waktu berbuka, teman selak2 web site dan jumpa hadith ni. Sebagai satu perkongsian teman upload dalam buluhlemang ni mudah2 dapat kita amalkan bersama. InsyaAllah...
Hadith :Dari Anas r.a katanya:”Rasulullah saw bersabda:”Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala mendengar dan mengabulkan). Janganlah kamu berdoa dengan kalimah:”Ya Allah, jika Engkau mahu, berilah aku!” Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak dipaksa memenuhi sesuatu doa.”
Huraian :
Sesorang muslim itu hendaklah bersemangat (untuk mencapai) apa yang bermanfaat untuk dirinya serta meminta pertolongan kepada Allah tanpa merasa lemah dan putus asa. Berdoa mestilah mengikut adab-adabnya supaya menampakkan kesungguhan harapan untuk mendapatkan sesuatu kerana Allah SWT hanya akan menerima doa dari orang yang betul-betul berhajat. (Sumber: JAKIM)
Keyakinan dalam Berdoa
Posted by
Araz
Monday, August 23, 2010
Labels: Motivasi + Hadith
5 comments:
Sejahtera Ramadhan.
Ucapan selamat ulangtahun kelairan.
Semuga di panjangkan usia, dimurahkan rezeki, disehatkan tubuh badan serta dipermudahkan segala urusan. amin
salam,
hepibesdaytuyu.
Hepiramadantu.
Salam
besday dah ucap...
doa kena sungguh2, tindakan pun kena sungguh...baru jadi
terima kasih semua...
Selamat Hari Lahir. Semoga doa-doa kita dimakbulkanNYA
Post a Comment