Buluh Lemang With LOVE

The ROAD of HAPPINESS

CEMERLANG = SUCCESS

Salam... kepada Cikgu2 dan pelajar2 selamat bercuti. Tapi ada juga yang tak boleh bercuti. Apa2 pun nak buat macam mana... kerja adalah satu ibadah apabila kita mulakannya dengan niat kerana Allah s.w.t.

Semalam teman masuk pejabat kawan teman... kesian dia demam pun kena keja... apa lagi, cari la pahala sikit pi ziarah. Ziarah orang yang sakit ni dapat pahala. Sapa tak nak rugi la. Hehehehehe...

Kali ni teman nak kongsi info tentang CEMERLANG. Teman terbaca dalam bilik sahabat teman yang demam tu. Hehehehe... meyelam sambil minum air. O.k harap kita dapat kongsikan bersama.(DALAM VERSI BAHASA INGGERIS)

The ten commandment to success:
1. Speak to people
2. Speak and act
3. Call people by name
4. Be friendly and helpful
5. Smile
6. Be genuinely
7. Be considerate
8. Be willing
9. Be thoughtful
10. Be generous.

Dalam ISLAM kecemerlangan atau cemerlang ini merujuk kepada keredhaan Allah. Oleh itu segala amal dan ibadah termasuklah kerja seseorang Muslim itu mestilah memenuhi kod etika keagamaan selain daripada memenuhi etika kerja yang telah ditetapkan oleh manusia agar diterima oleh Allah.

Kecemerlangan bermula dari dalam diri manusia itu sendiri. Dengan adanya iman dan takwa maka Allah s.w.t akan memberi petunjuk dan hidayah kepada manusia yakni menjadi insan yang cemerlang bukan sahaja di dunia malah yang pentingnya di Akhirat kelak. Amin... Semoga dengan perkongsian ini dapatlah adanya kita sedikit ilmu bagi mendorong kita mecari keredhoan Allah didunia sebagai tiket berharga ke Akhirat kelak. :)

3 comments:

ahmad humairi June 10, 2010 at 2:08 PM  

salam,

cemerlang = success.

x guna cemerlang kalau Allah x redho.

ISZA June 10, 2010 at 7:34 PM  

keredhaan yang penting.. semoga diri kita sentiasa berada dalam keredhaanNYA

Tirana June 11, 2010 at 2:03 AM  

Indahnya Islam...apa saja kebaikan yang kita buat, kalau disandarkan kepada niat kerana Allah, tentu akan mendapat ganjaran.

Rasulullah saw. biasa berdoa: Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, menyia-nyiakan usia dan dari sifat kikir. Aku juga berlindung kepada-Mu dari siksa kubur dan dari fitnah kehidupan serta kematian

My Blog List

Related Posts with Thumbnails