Sebagai satu pasukan... APA YANG PERLU ADA?
- hormat menghormati antara satu sama lain
- yakin dengan pemimpin yang dipilih
- hindari buruk sangka dan jauhi hasad dengki
- menjaga adab semasa berkomunikasi
- sekiranya ada masalah maklumkan dengan berhemah
- berpandangan luas, komited dan mematuhi peraturan
- bersedia menerima pandangan dan bertolak ansur
- bertukar-tukar pandangan
- wujudkan perasaan kasih sayang
- memberi tanpa mengharapkan balasan
- jangan mendahului ketua
- bersedia untuk meningkatkan diri sendiri.
"Bertolong-tolonglah kamu kepada perkara kebaikan dan janganlah kamu bertolong-tolng kepada perkara kejahatan". (Surah al-Maidah ;2)
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Gambaran kehidupan orang yang beriman dari segi kasih sayang , saling bersimpati dan saling cinta mencintai samalah seperti anggota tubuh yang jika salah satu daripadanya mengadu kesakitan, ia melibatkan seluruh anggota lain yang tidak tidur malam dan demam”.
Kejayaan Rasulullah s.a.w. melahirkan masyarakat yang berkasih sayang dapat dijadikan contoh yang paling baik bagi mewujudkan suasana bekerjasama dalam masyarakat masa kini. Ia berpunca daripada sikap dan suasana positif yang dibentuk oleh Rasulullah menerusi pendidikan dan program motivasi yang berjalan secara berterusan sehingga wujudnya individu yang berperibadi mulia dan kukuh sehingga naluri kerjasama dan saling memerlukan itu berkembang subur menjadi satu tenaga yang mampu menggerakkan masyarakat Islam membawa perubahan besar kepada tamadun dunia. (Sumber: JAKIM)
7 comments:
teringat aku pasukan kenduri kawen.... tobattttttt!!!!
pasukan Jerman dah kalah, England bakal gudbai...
Pasukan Brazil - ada semuanya tu sebagai satu pasukan....Brazil bakal menjuarai Piala Dunia 2010....yessss.
One Z: teman pun sama...
Cigu myrie: Belum tamat lagi bang.... sabau. Kita tunggu sapa yang menang... hehehehe
bekerjasama.. keje berjln lncar, hati pun puas..
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.. Hati gajah sama dilapah, hati kancil sama dicicah..Bersepakat membawa berkat... hehehe
Kerja berpasukan + sepasukan memerlukan sikap saling bertolak ansur
Ibarat ranting atau lidi yang apabila sedikit ia mudah patah dan rapuh. Akan tetapi, apabila diikat dan disimpul menjadi banyak ia akan menjadi kuat dan kukuh...
Post a Comment