Buluh Lemang With LOVE

The ROAD of HAPPINESS

Menjaga Hati

Bersama berkongsi ilmu....

"Seseorang yang mempunyai HATI yang bersih,
jiwanya akan menjadi tenang..."
- Tirana

Salah satu bahagian paling penting dalam setiap manusia ialah HATI. Segala apa jua yang dilakukan oleh kita akan dipengaruhi oleh HATI. Fikiran, tindakan, tingkah laku, perasaan semuanya ada kaitan dengan HATI. Ia hendaklah dijaga dengan baik supaya dapat menghindarinya daripada benda-benda atau sifat-sifat yang boleh merosakkan. HATI hendaklah dibimbing dan dipandu ke arah yang benar berlandaskan ajaran ISLAM yang sebenar. Sekiranya HATI tidak dihala berlandaskan ajaran yang sebenar (ISLAM) maka mudahlah ia dikuasai oleh nafsu dan syaitan yang membawa kita kepada penyakit HATI seperti hasad dengki, riya', tamak, pemarah, buruk sangka dan sebagainya. Maka perbanyakkan, amalkan dan biasakan diri kita dengan berzikir, bertasbih dan bertahmid kepada Allah s.w.t agar dapat membersihkan HATI kita yang kotor.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”
- Hadith riwayat Bukhari dan Muslim

Award from Srisufi...


Award yang colorful ini di hadiahkan oleh Srisufi. Terima kasih bebanyak... maaf ya...lambat nak update. Salam persahabatan... buat Srisufi.

Diari hari ni...


Seawal 7:15 a.m: Keluar umah...ambik angin..panaskan enjin.. Gi kedai Pak Din kat Pasar.. Mee Goreng campur kuew tiau 5, Bungkus... Muhahahaha....

Ni la...jalan kat pekan Tanah Rata...Sekarang dah tak sejuk sgt macam dulu...


8:30 a.m: Selepas sarapan je ngan family kat umah... meninjau pemandangan indah di belakang umah.... turun dari tingkat empat tengok landskap MARDI wah...boleh tahan...Nape tak caye...mai la umah ...





9:00 a.m: Hai nak basuh ke tak ni.... Berdebu, belemoih, berhabuk... Mikir2 cuaca tak nentu ni... ntah ujan ke tak ke.. aku pun tak pasti... tak yah lah...malasssss......





10:00 a.m: He..he.. bawak anak sedara aku jenjalan kat brinchang... Wah...merahnye strawberry... he..he..tak beli pun...







11:00 a.m: Bergambar di SMOKEHOUSE Brinchang... Bergambar lah korang... Malasssss layammmmm.... Pak Cik tunggu kat kete je la...






12:30 p.m: Trutttttt....truttt... handset serbaguna aku berbunyi... Bos lame aku tipon... anak die kena tahan kat WAD Hospital Sultanah Hajah Kalsom, Cameron Highlands... Ni salah sorang.. sekali kena tahan kat wad, bukan sorang tapi 2 orang anaknye kena tahan dalam wad. Sorang 4 bulan (Auni Najihah) dan sorang lagi 7 Tahun (Mohd. Afif) ... Ni gambar Afif...kesian die..


2:00 p.m: Penat gak rombongan aku pagi tadi... Bukan jauh pung...Setakat Brinchang je ngan Tanah Rata je... Pas sembahyang terus....he..he... tidor......... zzzzzzzzzzzz.... kejap je... biasalah cuti2 sesekali....

3:00 p.m: Hujan plak...sedap menyambung tidur ni.....zzzzzzzzzzzzzzz... muhuhahahaha...

5:00 p.m: He..he.. Online jap baca ape2 article, exercise brain sikit....


8:30 p.m: Makan malam di NASHA Restourant kat Brinchang...Pas makan bawak diorang ni pi 'fun fare' kat tapak ekspo brinchang.... Ade sorang akak tu, amboiiiii nengok "eye of cameroon" punya la khusyuk....ahaks...jahat gak aku ni.... Muhuhahahaha.....
* klik gambar utk lebih jelas




11:30 pm: Malam ni aku jaga Asraf... Ha...ha... senang je jage bebudak ni... Dengar cakap, simple, steady, beresssssssss..............





.........................................................................................................................

Setem from Maya... Wonderful, colourful, marvelous, creative, gorgeous,
fantastic, Mr.Lobaloba emmmmm ... thanks Maya...

How to be happy?


Setiap orang mempunyai masalahnya yang tersendiri... Setiap hari setiap saat setiap detik... Macam2 boleh berlaku... Hari ini kita gembira, esok kita sedih, lusa kita takut, akan datang ....? Kita tak tahu. Bagaimana kita nak berasa gembira setia hari? Bolehkah? Adakah ia mustahil?

Kita boleh mencuba... cuba tiada salahnya...
1. Bertenang - bertenang dalam segala hal. Jangan cepat menggelabah. Fikir dengan waras. Keputusan yang dibuat dalam keadaan tenang lebih baik daripada waktu kita bercelaru. (Zikir, berwudu' boleh membantu menenangkan kita)
2. Senyum - Senyum adalah sedekah yang paling mudah. Senyum juga boleh menenangkan kita. Bila kita senyum, muka nampak manis, awet muda. Senang je nak senyum walau pun dalam keadaan marah. Senyum dapat meredakan kemarahan.
3. Cari yang baik disebalik yang buruk - Contoh yang mudah, setiap kejadian yang buruk yang menimpa kita mungkin ada hikmahnya. Berfikiran positif lagi berfikirlah kearah kebaikan.
3. Sentiasa berterima kasih - Belajarlah untuk mengucapkan terima kasih he..he...dalam semua perkara.
4. Sentiasa memaafkan dan memohon maaf - Bila kita lakukan kesilapan mohon maaf jangan letakkan ego kita terlalu tinggi...atau orang buat silap kepada kita, maafkannya walupun dia tidak mintak maaf pada kita. Itu yang lebih baik... Jangan tunggu orang yg mulakan. Baiklah kiranya kita yg memulakannya.
5. Bina hubungan yang sihat - Berkawanlah, bersahabatlah, dan jaga batasannya. Elakkan permusuhan. Carilah sahabat yang membantu kejalan yang benar, bantulah sahabat yang dalam kesesatan, kesusahan yang menghadapi masalah. Elakkan isu-isu yang boleh mencetus pergaduhan, permusuhan, kebencian.

He..he..cukuplah kot... Banyak lagi sebenarnya... tapi kalu tulis anyak2 nanti orang malas bacanye pulak... O.k semoga tip ini menjadi satu perkongsian lmu yang mikro dari saye. InsyaAllah....

Ibadah Solat

Kita selalu lalai dalam bab solat. Mari sama2 kita buat ulangkaji untuk mengingatkan kita bersama. Kita manusia biasa yang sentiasa lupa dan kita sesama Islam marilah sama2 saling ingat-menginatkan. InsyaAllah...

Hukum meninggalkan sembahyang
Solat merupakan tanda pertalian terus seorang hamba dengan Allah. Islam memfardhukan ke atas umatnya melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam.

Solat merupakan tiang agama.Oleh itu sesiapa yang mengerjakannya bermakna ia telah menegakkan agamanya. Manakala orang yang meninggalkannya bermakna ia telah meruntuhkan agamanya.
Bagi orang yang meninggalkan solat disebabkan malas atau sengaja hukumnya adalah fasik dan telah melakukan dosa besar iaitu mengabaikan salah satu daripada Rukun Islam.
Sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam bahawa solat wajib mesti dilakukan dalam apa keadaan sekalipun, maka solat wajib yang ditinggalkan dianggap sebagai hutang yang mesti dilangsaikan sebagaimana resminya setiap hutang itu wajib dibayar. Maka apabila sedar tentang kesilapan masa lalu, seorang muslim itu hendaklah segera bertaubat dan mengqadha’ solatnya yang tertinggal itu.

Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Sesiapa yang lupa akan sesuatu solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat itu jika ia telah mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itu kecuali solat yang dilupakannya, sesuai dengan firman Allah yang maksudnya:” Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.” Riwayat Bukhari

Sumber : JAKIM

Buluh Lemang & Friend at Workstation....

Ini member seprofesion... Semuanya mantooop... Masing2 dengan gaya dan karektor tersendiri. Sekali tengok takcaye...tapi itulah mereka...
Dari kiri Ustaz Zikril Hakim (Awal tahun depan nak menikah), Dr.Shahriza @ Dr.Mohaikey (Sahabat paling mantoop...philosopher la katakan. Paling simple..paling lucu..paling kuat ketawa..paling kuat m....., He..he..) Ustaz Zolkapely @ Uncle (Dia ni banyak songeh sikit... biasale orang lame) Dr. Fadhil (Ni bujang terlajak...orang suruh menikah mcm2 alasan. Sebenarnyer takde jodoh lagi bukan nyer ape), Ustaz Rozmang (Ni...baru je nikah, masih panasss), Asscoc. Prof. Updollah (Ini yang aku tak tahan, banyak gosip, kami je yang selalu pekena dia...Huahaha).

*Kalu korang terbaca maaf ye Prof, Doc, Ustazzzzzzz

Visit Cameron 2008

Selamat datang ke Cameron Highlands....
Depa ni le yang aku jemput Ahad ari tu.
Bawa pi ladang teh...Suruh kutip teh tak nak...
Nak posing je... Belasah je la labu......

Gift from Akak Tirana....


Ini gift dari kak Tirana...
Fuyoooo....takkan ku lupakan...
Tertera segala isi hatinyer dalam setiap penulisan atau catatan...
Bertuah tul sya dapat sahabat macam akak TIRANA ni....
Thanks u akak.............

Award from KREUGER and TAG from POS LAJU aka PAPA-ITAM

Terima kasih kawan, ku ucap padamu...
Kerana award ini kau beri pada ku....
Tak sanggup lagi sebut namamu...
Just nak ucap thanks u very2 much pada mu...
He..he..very the very nice award from KREUGER.
WOW...WOW...WOW...

........................................................................................................................................

JAWAB TAG POS LAJU SDN.BHD.
Aiyaa...aiyaayaaaa......
Malam ni malam assignment blog terhebat aku....
kena 3 TAG sekali gus...
From HANIS, KREUGER & POS LAJU a.k.a Papa-Itam

Dengan harapan persahabatan di alam maya ini akan terus berkekalan...
insyaAllah...

Soalan:
Sila
Publishkan dalam blog anda Satu gambar anda dizaman kanak-kanak
(umur lebih 7 ke 12 tahun)
Ada Berani ka Kawan

Jawapan:
Ini berani tahap maksimum ni... Gambar rahsia nih, dah berdekat dah tak pernah publish dikhalayak ramai. He..he..
Ini gambar Dr.Araz masa kechik...
masa umur 7 tahun ditolak ngan 6 1/2 tahun

umur 12 tahun ditolak 11 1/2 tahun...
ehh.....ye ke...hantam sajalah labu....
*(Sorry Abg Pos Laju, gambar 7-12tahun takde...
ini je yang sempat ha...)

Amacam ada takut.......From Buluh Lemang with Love......

Tag from Kreuger

TAG ni dari Kategori:- Home Assingment – Hand Writing.
Note:- Nkorang semua dikehendaki untuk menjawab secara tulisan tangan.

Sesiape yang telah di tag kat entry TAG TEAM (WWF) di bawah...pilih samade nak jawab tag ini atau tag tu...

he...he...

Tag Team (WWF) 12:00am TV33, Sunday

Ini TAG itu pompuan manis kasi (HANIS), he..he...eden torai jawab ek....

Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog. Muahhaaahaaaa......

1) Aku seorang lelaki
----> Ini dah memang comfirm 100% dah...tiada ragu2. He..he..

2) Aku seorang simple
----> sepengetahuan aku...aku mmg simple je. Mudah dlm segala hal. Takde memilih-milih...he..he..

3) Aku suka berfikir
----> he...he...nape takcaye, tgk la ambut aku. he..he...

4) Aku mudah marah tetapi cepat cool
----> hah...bab ni pada perkara yang melampau....memang aku cepat marah... tapi kalu org tu ckp bebaik ngan aku...tak sampai 5 second aku dah cool. Nape haaaa....?????

5) Aku suka menolong
----> fakta ini terbukti bila korang kenal ngan aku secara life... kalu tak betul nasib laaaa...

6) Aku penah dikenakan oleh rakan aku
----> hah ini memang nasib aku...Allah nak uji kesabaran aku. Kawan yg kusangka baik upenyer dibelakang asyik kenekan aku je secara diam2, lembut2, belakang2. Mungkin dia ingat aku tak perasan atau padan muka aku. Tetapi.....aku tetap bersabar...sampai bila dia nak kenakan aku...mUdah2an Allah membuka hatinya supaya berubah menjadi insan yg lebih baik...Ameeen

7) Aku takde la baik mane
----> aku bukanlah insan yg perfect....byk gak melakukan kesilapan. Kalau aku ada buat silap ngan sesape... aku mintak mahap byk2. Setiap hari aku cuba menjadi insan yg lebih baik dari semalam. Mudah2an Allah makbulkan doa aku. Ameen...

penerima tag seterusnya ditujukan kepada :-
1) Tirana
2) Bataraguru
3) Azza
4) Kak Antulawa
5) Sis.Lin
6) Papa-Itam
7) Sesape-saje yang sudi.....

Elakkan Gambar-gambar Binatang


Akidah Akhlak
Hadith :

Dari Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah s.a.w melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata Aisyah:”Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah s.a.w kembali bertanya:”Bantal-bantal apakah itu?” Jawab Aisyah, “Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar.” Sabda Rasulullah s.a.w:”Pelukis gambar-gambar ini akan disiksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka:”Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!” Kemudian baginda bersabda:”Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu.”
(Muslim)

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Memuliakan tetamu


Hadith:
Dari abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda:” Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.” Muslim

Huraian:
Tetamu, secara pasti datang dengan maksud dan tujuan tertentu. Dalam konteks inilah Allah dengan tegas membuat pertimbangan yang begitu besar agar memuliakan tetamu dan meletakkan nilainya sama dengan Beriman Kepada Allah dan Hari Kemudian (kiamat). Dengan perkataan lain seseorang itu belum disebut beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, selama ia tidak memuliakan tetamunya. Oleh itu apabila tetamu datang, bagaimana pun bentuk dan rupa tetamu itu, sama ada kaya, miskin, Islam ataupun kafir, Allah memerintahkan kita agar memuliakan mereka.

Hadiah dan award dari kawan....

Sungguh tak disangka, rakan sahabat yang amat kusayangi.... terima kasih bebanyak.... Susah nak diungkapkan dalam perkataan betapa terharunye aku...

Ini award dari DADDY-COOL..... (emmmmmm...empppppp)

Dari Tera..... (Wah...................)
Dari Azza .... ( Cikgu........Iye....)

Dari bakal kaunselor AFITIE (Rambutan weiiii... Sodap niiiii, favourite)

Ole-ole dari buluhlemang.blogspot.com

Tag from BATARAGURU at TERISU, CH

He..he...salam semua....
Hari ni sempat lagi mencari rendang ngan lemang....
Aku dah di TAG oleh member blogger yang dah lama aku kenali....sebelum aktif berblog lagi....
Tetapi apabila aku nak balas TAG ni rase semua orang yang aku kenal dah kena TAG yang sama. Mohon untuk ubahsuai TAG yang BATARAGURU beri ni...and Sesape yang mencipta TAG tersebut.

1. O.k Syarat yang pertama; ambil ole-ole ni....


2. Syarat yang kedua.... Publish dalam blog anda.
3. Syarat yang ketiga, buat la apa yang anda suka.....


Dah lama nak kasi lemang sama rendang ni pade kengkawan tapi tak berkesempatan.... Name2 yang tercatat di baha silakan ambil ole-ole di atas ye...he..he..

Bataraguru, One-Zaba, Daddy-cool, Papa-Itam,
Kreuger, Mr.Penyu Biru,
Tirana, Azza, Tera, Acu, Cek Lala, Lemangcute, Ct-delima
Hanis, Kakibangku, Maya, Srisufi, Pendekar, Sis.Lin, Afitie
Jitegha, Tashabella, Lawa, Shayz
and sesape saje yang masuk blog ini dan terbaca entry ini

4. Itulah syarat2 buluhlemang.blogspot.com

Dua Waktu Yang Perlu Diawasi


Hadith :
Dari Jabir r.a , katanya: Rasul s.a.w bersabda: “anak kunci syurga ialah sembahyang….”
Riwayat Imam Ahmad

Huraian
1. Syurga adalah destinasi terakhir perjalanan hidup seseorang
2. Solat 5 waktu selain solat sunat adalah amal soleh yang melayakkan memasuki syurga selain mengucap 2 kalimah syahadah
3. Jadi, jagalah solat sebaik mungkin dan nasihatlah kepada keluarga agar tidak lalai daripada mengerjakannya walau sesibuk mana kerja kita di dunia ini.


Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia



Buluh Lemang Award

The rules are: Just take this award and keep it in your blog.



and also this AWARD from BULUH LEMANG


Sebagai salam persahabatan kepada....

KREUGER , JITEGHA
Tashabella
Kakibangku, Srisufi

dan kepada Azza from SEDETIK HATI, SEJUTA kemaafan ku pohon.
Saya telah melanggar peraturan award yang Azza bagi...
I'm so sorry...
Untuk itu sebagai tanda memohon maaf,
harap dapatlah menerima hadiah ini...



Bukan setakat hadiah ni saja untuk Azza, SEDETIK HATI tapi
Cenderahati kat atas tu pun untuk anda. He...he...

The ROAD of HappyNess...


Genre(s): Comedy, Family, Fantasy
Directed by: Jack Lemang, Grant Rendang, Andrew Buluh, Adam Pulut
Cast: Burhanuddin, Omardani, Azhar Jamin, Sepoi Setiq, Aki, Dollah, Hakeeem, Wan Kaderr, Web Master, Mang, Abang Long, Ajis, Abe. ....
Whatever they dream up... he has to survive. Borhan, a hotel handyman whose life is changed forever when the bedtime stories he tells his niece and nephew start to mysteriously come true. He attempts to take advantage of the phenomenon, incorporating his own aspirations into one outlandish tale after another, but it's the kids' unexpected contributions that turn Borhan's life upside down.

Harus diingat....


Hadis-hadis sohih Nabi Muhammad s.a.w. sejak 14 abad yang lalu yang menyebut secara jelas faktor, sebab atau punca berlaku bala yang dikirim oleh Allah s.w.t ke atas umat baginda:
  1. Ilmu Islam akan beransur hilang sedikit demi sedikit.
  2. Umat Islam sanggup mengikuti jejak langkah Yahudi dan Nasrani dalam tindakan, teladan, pertuturan dan cara hidup mereka.
  3. Muncul golong anti hadis (yang tidak dibendung).
  4. Umat Islam yang terlalu banyak bergelumang dalam keseronokan.
  5. Terlampau mewah.
  6. Menghimpun harta sebanyak mungkin (hingga lupa untuk menggarap ilmu agama).
  7. Tipu menipu dalam perkara dunia.
  8. Saling bertengkar dalam urusan remeh-temeh (yang sepatutnya boleh dimaafkan).
  9. Tersebar luas hasad dengki serta hasut menghasut di kalangan mereka.
  10. Islam dianggap sebagai agama asing atau berdagang di negara umat Islam sendiri.
  11. Berleluasa amalan rasuah dengan pelbagai bentuk dan helah.
  12. Orang yang baik terlalu sedikit, malah orang yang jahat semakin ramai.
  13. Muncul orang yang tidak peduli sumber harta yang diperolehinya.
  14. Riba wujud di mana-mana.
  15. Ramai yang minum arak dan menamakannya sebagai bukan arak.
  16. Golongan lelaki semakin sedikit dan golongan wanita semakin ramai.
  17. Golongan lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya.
  18. Ibu melahirkan tuannya.
  19. Bangunan pencakar langit.
  20. Muncul ramai ahli ibadat tapi jahil dan ramai golongan ulama tapi fasiq.
  21. Orang yang berpegang dengan Islam bagai menggenggam bara api.
  22. Berlaku peperangan demi peperangan.
  23. Masa akan menjadi singkat.
  24. Muncul galian-galian bumi.
  25. Ujian yang dahsyat terhadap iman.
  26. Peperangan di kawasan sungai Furat kerana menyebut kekayaan.
  27. Ketiadaan iman untuk bersolat jamaah.
  28. Al-Quran akan hilang dan ilmu akan diangkat menghadap Allah.
  29. Bermegah-megah dengah keindahan masjid dan kosong dengan pengisian agama.
  30. Menggadai agama kerana dunia.
  31. Pelaksanaan haji dan umrah bukan kerana Allah.
  32. Harta negara bertukar tangan dikalangan pemimpin.
  33. Sesuatu amanah dianggap sebagai batu loncatan untuk mengaut keuntungan.
  34. Bayaran zakat dianggap sebagai denda atau saman.
  35. Suami yang terlalu tunduk kepada isteri.
  36. Anak-anak yang menderhaka terhadap ibu mereka.
  37. Muncul ramai orang yang patuh dan setia yang tidak berbelah bagi kepada kawan dan rakan.
  38. Golongan bapa yang hampa kerana disia-siakan oleh anak-anak mereka sendiri.
  39. Berlaku pertengkaran dalam masjid.
  40. Apabila orang yang rendah maruahnya dipilih menjadi ketua sesuatu kaum.
  41. Apabila orang memuliakan orang lain kerana takutkan kejahatannya.
  42. Apabila minuman keras tersebar luas.
  43. Ramai golongan lelaki yang memakai sutera.
  44. Artis artis wanita diagung-agungkan.
  45. Alat-alat muzik diguna-pakai (sebagai mata pencarian).
  46. Kesilapan manusia hari ini mengutuk generasi terdahulu.
Apabila perkara yang disebutkan itu berlaku, maka kata Nabi, tunggulah ketika itu akan datang kepada manusia angin panas, ribut taufan, puting beliung dan bahaya-bahaya yang lain serta
hingga berlaku penukaran corak dan rupa.
*Sumber:http://groups.google.co.in/group/sinarislam

Berita Hari Rabu bersama Buluh Lemang


Kulliyah Maghrib (14 Zulkaedah 1429H)

Ilmu yang diperolehi baik kiranya dapat dikongsi bersama. Mungkin ada yang telah tahu dan mahir ttg bab KORBAN. Tetapi apalah salahnya kira kita refresh semula sedikit ilmu ini bersama. InsyaAllah...

KORBAN

Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Eidul Adha dan zakat.

Firman Allah swt yang bermaksud:
"Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah."
Al-Kautsar

Menurut pendapat yang masyhur, maksud solat pada ayat itu ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.

Ibnu Jarir mentafsirkan ayat tersebut sebagai berikut:

"Jadikanlah solatmu ikhlas hanya untuk Allah sahaja dengan sama sekali tidak mengharapkan kepada selain daripada-Nya. Demikian juga korban yang kamu tunaikan, niatkanlah hanya untuk Allah, tidak untuk berhala, sebagai kesyukuran terhadap apa yang dianugerahkan Allah kepadamu yang tidak terhingga banyaknya."

Nabi s.a.w juga telah bersabda yang bermaksud:

"Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi ) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya." (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)

Ibadah korban banyak fadhilatnya, diantaranya;
Korban juga dapat menyelamatkan orang yang berkorban dari kejahatan dunia dan akhirat. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

"Bukankah korban itu termasuk ibadah yang menyelamatkan orang, yakni menyelamatkan orang yang empunyanya daripada kejahatan dunia dan akhirat."

-------------------------------------------------------------------------------

12 November 2008 - Rabu 13:22

Gift from CekLaLa

"SALAM MESRA YANG KAU BERIKAN...
KAN KU TERIMA SEPENUHNYA...
OH CEKLALA!
KAU CERIAKAN...

BLOG KITA BERSAMA..."
Ooo..Ooo..lagu KU

He..he.. thank u CekLaLa, lagu diatas ditujukan utk Mu.


Puisi "Mari memasak" - True story



Jom beli gas.... alamak duit lak tak cukup....malu2, pi picit kat ATM cap harimau jap. Aduh...ujian betul ari ni... Alhamdulillah dapat gak beli gas....he..hee....



Bila air tak de.... Kenape aku tak marah ek... cool je ari ni... he..he.. takpe, minumumkan penggunaan air. Nak masak ape ha.... He..he.. daging ada, kicap ada, sayur ada, bawang, halia, serai, minyak ada.... tapi air yang takdak.
Belasah je lah....

ting..ting..pang..pang...ponnnn...ponnnnn...he..he...huuhuhu....
Yes, siap jugak akhirnya. Amacam? Tapi daging liat sikit la.....aduh...
Lapar dah ni...He..he..
Nasi dah siap, sayur dah siap,
cuma sayur tak masuk ngan daging masak kicap daaa...
Sayur bayam daa......
Bedal aje...Rezeki untuk ari ni simple je. Alhamdulillah...

*Gambar bayam goreng layu tidak dapat di paparkan kerana,
bayam ....he..hee..tak cukup bahan...bayam kosong je.


Resepi: Daging Masak Kicap ala Buluh Lemang.

Bahan2: (Dua oarang Makan)

  1. Sepenumbuk Lelaki Daging yang telah direbus (dihiris)
  2. Ubi kentang (digoreng 1/2 masak)
  3. Bawang Besar Sebutir (Hiris Bulat kasar)
  4. Bawang Kecil 2-3 butir (ikut selera) ditumbuk
  5. Bawang Putih (Seulas/besar nak jari/besar 1 biji bwg kecil) ditumbuk
  6. Sebatang Serai diketuk ngan lesung kasi kemek
  7. Kulit Kayu Manis + Buah pelaga (pilihan) Sikit je kalu nak letak
  8. Lada (Ikut suka; nak pedas taruk byk.)
  9. Kicap Cap Kipas U.....g Lemak Manis + Sos tiram + Sos cili
  10. Garam + Gula
Cara-cara:
  1. Baca bismillah....
  2. Tumiskan bahan 3,4,5,6,7 dan 8 serentak.
  3. Tunggu sehingga naik bau
  4. Masukkan Daging (masak selama 2-3 minit)
  5. Masukkan ubi kentang
  6. Masukkan kicap + Sos tiram + Sos cili (biar sampai naik minyak)
  7. Masukkan air rebusan daging (ikut kita, nak kuah byk atau sikit)
  8. Biar sampai mendidih (kalu kering sikit lagi bagus)
  9. Masukkan + bawang besar + garam + gula secukup rasa.
  10. Siap untuk dihidang. He....he... Taruk daun sup kalu suka.
  11. Selamat mencuba....
Sebarang pertanyaan: 1-800-88-444 samb. 2222
*nombor yg anda dail tiada dlm perkhidmatan, terima kasih




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Hadith:Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud,

“Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”

  1. Islam menggalakkan kita agar memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada dosa. Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda merupakan seorang rasul yang maksum atau dipelihara daripada dosa besar dan kecil.
  2. Orang yang sentiasa beristighfar kepada Allah akan merasakan dirinya sentiasa dekat kepadnya-Nya. Bahkan akan timbul perasaan tenang dan dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa atau lemah.
  3. Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar. Oleh itu bagi mengelakkan hati daripada lalai seseorang itu hendaklah sentiasa membanyakkan istighfar. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah itu akan berlaku.

Reward.....


Terima kasih pade Hanis. Terharu lagi saya apabila mendapat reward dari rerakan bloger. Macam mana nak kata ha.....?
Real Reward ....Real Reward...Real Reward...Real Reward....
Tak dapat ape nak saya balas....Terimalah kat ni dari saya to Hanis...
Saya doakan Hanis dan semua rakan2 kebahagiaan di dunia dan akhirat. Ameen...

AKIDAH - Akhlak (Sikap Manusia)


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembira
kan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.”

The Very Best Blog Ever...

Tirana... terima kasih bebanyak, selepas penat drive dari Gombak ke CH, nampaknya ada sesuatu menanti dalam blog. Time kasih bebanyak TIRANA.
Alamak...dah tak ade idea nak cakap ape.
aaaaa......Kad ucapan berdakwat perak khas ditujukan pada TIRANA sebagai tanda terima kasih yang tak terhingga dari saya.....


"Your Mother"

Makan untuk hidup dan beribadah, bukan hidup untuk makan

Pemakanana yg siahat boleh dijelaskan sebagai amalan diet yang seimbang. Makan makanan yang berlebihan adalah sesuatu yang bertentangan dengan Islam. Ianya ada disebut dalam Surah Thaha ayat 81;
"Serta Kami katakan: Makanlah dari benda2 yg baik yg Kami kurniakan kpd kamu dan janganlah kamu melampaui batas padanya, kerana dengan yang demikian kamu akan ditimpa kemurkaan Ku dan sesiapa yg ditimpa kemurkaan Ku, maka sesungguhnya binasalah ia." (20:21)

Adab ketika makan;

  1. Makan bila lapar
  2. Basuh tangan sehingga bersih
  3. Mulakan dengan Bismillah.... dan disudahi dengan Alhamdulillah...
  4. Makan dgn tangan sebagai ganti sudu/garpu - dapat membantu penghadaman disebabkan terdapat aliran yg dipanggil "bio-current" yg apabila tersentuh pada makanan, ia bertindak sebagai enzim utk menghadamkan makanan dgn cepat di dalam perut.
  5. Tenangkan fikiran. warna pink boleh menenangkan fikiran dan membantu penghadaman.
  6. Berhenti makan sebelum kenyang. Kekenyangan yg berlebihan memudaratkan jantung, mengganggu penghadaman dan menyukarkan tidur.
  7. Berehat sekejap selepas makan.
  8. Makan makanan yang segar dan baru dimasak.
  9. Isteri / Penghidang makanan hendaklah sentiasa senyum (maniskan muka), berpakaian bersih dan berwarna indah (lembut).
  10. Pastikan persekitaran tempat makan itu bersih terutama sekali dapur.
  11. Makanlah untuk sekadar untuk meneruskan hidup serta beribadah dan janganlah kita hidup ini sekadar hanya untuk makan.
Wallahu a'lam ...

Ikhlas dariku...


Assalamualaikum... kepada semua rakan yang sudi menziarahi rumah buluh hamba, membantu, menolong, mengintai, merisik, mengendap, me....??? ape-apejelah, sudilah kiranya untuk menerima halua mata ini. Ikhlas untuk rakan blogger.

Khas untukmu:
One Z
Tera
Bantaraguru
Tirana
Papa-Itam
CekLaLa
Hanis
Acu
Maya
Fysal

Mari mengaji (Petua)

Kesabaran ibu bapa terhadap kebebalan anak-anak menghafaz huruf-huruf mukaddam memang seringkali teruji. Ketidaksabaran ini juga sering menyebabkan ibu bapa 'hilang pertimbangan' hingga meninju anak-anak yang gagal menghafaz pada waktu-waktu yang mereka fikirkan sudah sepatutnya mahir.

Perbuatan ini harus dielakkan sedaya mungkin dan gunakan kebijaksanaan sendiri sewaktu mengajar dan ingatlah setiap kanak-kanak mempunyai tahap pemahaman dan daya ingat yang berbeza-beza.

Kaedah-kaedah yang sepatutnya digunakan :-

  1. memestikan si anak belajar membaca al-Quran itu sekitar 15 minit SETIAP HARI. Waktunya ialah selepas sembahyang Maghrib.

  2. menegur dengan menggunakan isyarat seperti mengerakkan-gerakkan lidi penunding kepada huruf yang salah disebutnya berkali-kali tanpa segera memberitahu sebutan yang betul. Apabila si anak benar-benar tidak dapat menyebutnya barulah diterangkan.

  3. juga menegur dengan bunyi-bunyi tertentu seperti "em","heh" dan lain-lain.

  4. hanya menggunakan tangan (memukul pada pahanya) apabila huruf yang sama atau sebutan yang sama setelah diterangkan berhari-hari masih juga tidak dapat diingatinya.

  5. tidak sering memberi pujian jika dia dapat membaca dengan lancar, kecuali bacaannya betul seratus peratus.

  6. memasamkan wajah sekitar 30 minit selepas mengaji itu sekiranya dia gagal membaca dengan betul. Sebaliknya memesrakan lagi hubungan dengan gurau senda dan sebagainya jika bacaannya betul.

  7. berikan sesuatu yang menyukakannya dan apabila dia bertanya; "Mengapa ayah belikan ini?", jawablah; "Sebab kamu pandai mengaji."

Sumber: http://members.tripod.com/puteri_ina/Petua1.htm

Hadith of the day...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the Name of Allah, The Most Merciful, The Most Kind

In a hadith, narrated by Nu'man ibn Bashir (radiALlahu anhu) the Prophet is reported to have said that "The Muslims (the Ummah) are like the limbs of a man, where if the eye hurts the whole body feels pain and if the head hurts, the whole body feels pain and suffering."

Retrived from:http://www.geocities.com/mutmainaa/tafakkur/islam_brotherhood.html

Award of the year....

He..he... Time kasih LEPIDOPTERA. It's so beautiful...Terima kasih juga pada TIRANA, he..he.. wow. It's nice.

Hari Ini Dalam Sejarah...


Hari ni betul2 jadi sejarah dalam hidup aku. Tak pernah aku muntah sebelum exam disaat-saat akhir nak jawab periksa. Nak jadi cerita 2 jam sebelum exam, mata sudah berputar-putar, semua imej yang aku nampak kekadang dah double layer dah... sudah aku ari ni. macam mana nak jawab peksa ni. Aduh...aku tawakal je jawab soalan MENTAL HEALTH, Alhamdulillah akhirnya dapat gak aku jawab peksa cuma satu soalan aku tak dapat jawab. Masa 2 jam je Dr. Nik kasi utk jawab soalan, aduh mmg tak sempat. 2 jam yang ada aku gunakan sepenuh-penuhnyer. Lotih betoi ari ni.... He..he.. tinggal 2 paper je lagi. Ari rabu ngan sabtu ni....

Cuba menyahut cabaran jiran blok sebelah....

Assalamualaikum... disebabkan aku baru je pas exam MENTAL HEALTH pagi tadi, ni baru le berkesempatan melayan blog... ni pun tumpang laptop Dr. Shahriza. O.k Bro. One Zaba, a'na torailah mengetag-tag, kot kot jadi..

Law & Order

1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.

O.k on the way......yeah......1,2,3 click...


2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.

Mana sempat nak tukar aku punya pakaian, Oiii...perli aku ke... mcm mana nak fix rambut...banyak aku punya rambut..

3) Post that picture with NO editing.

yelah...yelah....

4) Post these instruction with your picture.

O.k...


5) Tag 10 people to do this

Tongah torai ni...jadi ko tok jadi den tak tahu la...

One Zaba , Tera , Bataraguru , Cikgu Mat , Dr. Shahriza , Prof. Updollah , Ustaz Zik , Ustaz Rozmang , Website , Kader

Oii..oiiii..macam mana nak tag ni....aduh...

Rasulullah saw. biasa berdoa: Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, menyia-nyiakan usia dan dari sifat kikir. Aku juga berlindung kepada-Mu dari siksa kubur dan dari fitnah kehidupan serta kematian

Content: Buluh Lemang

My Blog List

Related Posts with Thumbnails