Kesabaran ibu bapa terhadap kebebalan anak-anak menghafaz huruf-huruf mukaddam memang seringkali teruji. Ketidaksabaran ini juga sering menyebabkan ibu bapa 'hilang pertimbangan' hingga meninju anak-anak yang gagal menghafaz pada waktu-waktu yang mereka fikirkan sudah sepatutnya mahir.
Perbuatan ini harus dielakkan sedaya mungkin dan gunakan kebijaksanaan sendiri sewaktu mengajar dan ingatlah setiap kanak-kanak mempunyai tahap pemahaman dan daya ingat yang berbeza-beza.
Kaedah-kaedah yang sepatutnya digunakan :-
-
memestikan si anak belajar membaca al-Quran itu sekitar 15 minit SETIAP HARI. Waktunya ialah selepas sembahyang Maghrib.
-
menegur dengan menggunakan isyarat seperti mengerakkan-gerakkan lidi penunding kepada huruf yang salah disebutnya berkali-kali tanpa segera memberitahu sebutan yang betul. Apabila si anak benar-benar tidak dapat menyebutnya barulah diterangkan.
-
juga menegur dengan bunyi-bunyi tertentu seperti "em","heh" dan lain-lain.
-
hanya menggunakan tangan (memukul pada pahanya) apabila huruf yang sama atau sebutan yang sama setelah diterangkan berhari-hari masih juga tidak dapat diingatinya.
-
tidak sering memberi pujian jika dia dapat membaca dengan lancar, kecuali bacaannya betul seratus peratus.
-
memasamkan wajah sekitar 30 minit selepas mengaji itu sekiranya dia gagal membaca dengan betul. Sebaliknya memesrakan lagi hubungan dengan gurau senda dan sebagainya jika bacaannya betul.
-
berikan sesuatu yang menyukakannya dan apabila dia bertanya; "Mengapa ayah belikan ini?", jawablah; "Sebab kamu pandai mengaji."
2 comments:
Dr Araz,
Inilah di antara petua-petua yang digunakan oleh arwah ayah saya dan ibu ketika mengajar saya dan adik beradik lain mengaji Quran dulu. Alhamdulillah kesemua lapan orang adik beradik saya tamat mengaji Quran dengan lancar.
Alhamdulillah... Itulah yang kita hendaknya. Zaman sekarang ni,masyaAllah tak tau nak cakap. Kebanyakan remaja bila ditanya pasal bab solat langsung tak reti. Bab mengaji Quran jauh sekali. Sedih betul.
Post a Comment