Setiap orang mempunyai masalahnya yang tersendiri... Setiap hari setiap saat setiap detik... Macam2 boleh berlaku... Hari ini kita gembira, esok kita sedih, lusa kita takut, akan datang ....? Kita tak tahu. Bagaimana kita nak berasa gembira setia hari? Bolehkah? Adakah ia mustahil?
Kita boleh mencuba... cuba tiada salahnya...
1. Bertenang - bertenang dalam segala hal. Jangan cepat menggelabah. Fikir dengan waras. Keputusan yang dibuat dalam keadaan tenang lebih baik daripada waktu kita bercelaru. (Zikir, berwudu' boleh membantu menenangkan kita)
2. Senyum - Senyum adalah sedekah yang paling mudah. Senyum juga boleh menenangkan kita. Bila kita senyum, muka nampak manis, awet muda. Senang je nak senyum walau pun dalam keadaan marah. Senyum dapat meredakan kemarahan.
3. Cari yang baik disebalik yang buruk - Contoh yang mudah, setiap kejadian yang buruk yang menimpa kita mungkin ada hikmahnya. Berfikiran positif lagi berfikirlah kearah kebaikan.
3. Sentiasa berterima kasih - Belajarlah untuk mengucapkan terima kasih he..he...dalam semua perkara.
4. Sentiasa memaafkan dan memohon maaf - Bila kita lakukan kesilapan mohon maaf jangan letakkan ego kita terlalu tinggi...atau orang buat silap kepada kita, maafkannya walupun dia tidak mintak maaf pada kita. Itu yang lebih baik... Jangan tunggu orang yg mulakan. Baiklah kiranya kita yg memulakannya.
5. Bina hubungan yang sihat - Berkawanlah, bersahabatlah, dan jaga batasannya. Elakkan permusuhan. Carilah sahabat yang membantu kejalan yang benar, bantulah sahabat yang dalam kesesatan, kesusahan yang menghadapi masalah. Elakkan isu-isu yang boleh mencetus pergaduhan, permusuhan, kebencian.
He..he..cukuplah kot... Banyak lagi sebenarnya... tapi kalu tulis anyak2 nanti orang malas bacanye pulak... O.k semoga tip ini menjadi satu perkongsian lmu yang mikro dari saye. InsyaAllah....
WORDLESS WEDNESDAY - MEE CELUP
1 day ago
4 comments:
Kita tidak mampu mengawal perasaan orang lain tapi kita mampu mengawal perasaan kita sendiri. Sekiranya kita memilih untuk rasa gembira hari ni, maka kita akan berusaha untuk mendapatkan kegembiraan itu. Mungkin tips yang Dr. Araz senaraikan ini boleh membantu kita rasa gembira.. Tapi tips ini tidak akan berkesan jika dari awal lagi kita memilih untuk berduka... Jadi pilihan itu yang penting...
That's my opinion..hehehe..
tepuk dada tanya apa yang kita nak.... nak jadi bahagia atau nak terusan menderita...
sekian~
pandangan kak tirana tu menarik sungguh... tapi tips Dr tu ada benarnya...
maya selalu amalkan yang bersikap positif dan memaafkan serta meminta maaf ketika melakukan kesalahan...
tapi adakala, sikap kita mengakui kesilapan diri tidak di senangi oleh orang lain? Adakala jadi keliru... memohon maaf menjadi kesalahan... tidak memohon maaf kita rasa bersalah pada diri kita dan juga org tersebut...
Saya setuju dengan semua pendapat akak Tirana, Hanis dan memory....
Semuanya betul............
Post a Comment