Bersama berkongsi ilmu....
Salah satu bahagian paling penting dalam setiap manusia ialah HATI. Segala apa jua yang dilakukan oleh kita akan dipengaruhi oleh HATI. Fikiran, tindakan, tingkah laku, perasaan semuanya ada kaitan dengan HATI. Ia hendaklah dijaga dengan baik supaya dapat menghindarinya daripada benda-benda atau sifat-sifat yang boleh merosakkan. HATI hendaklah dibimbing dan dipandu ke arah yang benar berlandaskan ajaran ISLAM yang sebenar. Sekiranya HATI tidak dihala berlandaskan ajaran yang sebenar (ISLAM) maka mudahlah ia dikuasai oleh nafsu dan syaitan yang membawa kita kepada penyakit HATI seperti hasad dengki, riya', tamak, pemarah, buruk sangka dan sebagainya. Maka perbanyakkan, amalkan dan biasakan diri kita dengan berzikir, bertasbih dan bertahmid kepada Allah s.w.t agar dapat membersihkan HATI kita yang kotor.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”
- Hadith riwayat Bukhari dan Muslim
11 comments:
terima kasih atas ingatan bersama.
sama2 kita menjaga hati ini..
Seseorang yang mempunyai hati yang bersih, jiwanya akan menjadi tenang..
Alhamdulillah... terima kasih Aie dan akak Tirana.
Apbila kita menjaga hati ---> hati akan bersih --->jiwanya kan menjadi tenang.
benar sekali
hati ayam tu...kalau masak kicap ... fuhhh sedap sangat... hati-hati di jalan raya.
Sesungguhnya dengan mengigati ALLAH hati akan tenang" surah ar-rad ayat 8 if x silap...
terima kasih banyak Dr berkongsi artikel yang menarik..
thanks Dr.Araz...apapu kita perlu berhati-hati dalam apa jua senario...walaupun masa makan hati ayan one Z..hihihi
Nah, ambil la benda ni.
Apa ni?
Ini adalah hati¡¦Hati aku¡¦
Hati kau? Hmm..kenapa kau sudi kasi kat aku?
Sebab kau dah jadi sebahagian dari aku. Kau lebih dari seorang kawan.
Terima kasih.....Ianya bererti. Aku terlalu menghargainya.
Oh ye ke...tapi maaf.
Untuk apa?
Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya. Cuma sebahagian saja...
Maksud kau?
Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga. Dan aku tak pernah beri kesemuanya. Aku takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri. Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya. Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya. Hati ini penuh mistik, ada keajaiban yang tersendiri.
Mistik? Kelakar bunyinya...
Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya. Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau.
Rentak hidup aku??
Ya! Rentak perasaan orang yang aku beri. Jika dia betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar. Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan malap. Mungkin akan terus mati untuknya. Ianya bukan satu benda yang percuma. Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih sahaja. Insan yang istimewa. Dan kau adalah salah seorang daripada mereka,kerana naluri aku terlalu percayakan kau.
**HATI yang melibatkan soal perasaan..hihihi sowi draraz lari dari topi kekekee**
haaa..betul la suma tu..heee..
moga kita semua dpt jga hati kita dgn baik...Amin..
sambil membaca..termenyanyi pulak lagu "menjaga hati" lagu indon kot.. sedap liriknyer...
tapi itu jaga hati sedap cinta tak dilayan...
anyway... memang penat kalau kita ashik pendam perasaan marah...so hati jadi sakit..pas tu kita jadi pemarah... amik alquran baca... alhamdulillah..tenangggg semula....
Salam perkenalan,
Dari mata turun ke hati. Pancaindera kedua bagi seseorang sebelum menilai dan menerima.
Post a Comment