Buluh Lemang With LOVE

The ROAD of HAPPINESS

Pelaburan tak akan rugi... FREE investment plan.

Salam kepada semua pengunjung buluhlemang... Kesempatan ini teman nak upload satu pelan pelaburan paling untung dan tak akan rugi. Ianya percuma... tiada yuran tahunan... tidak perlu cari downline... hanya perlu luangkan sedikit masa sahaja. Hehehehe... pelan ini ditujukan khas kepada semua pengunjung buluhlemang dan istimewa untuk ZAKI aka Za-Key (Kunci ZA).


Pelan PELABURAN paling untung didunia...

Pelan 1: 4 x 5 x 30 = 600
Pelan 2: 3 x 5 x 40 = 600
Pelan 3: 2 x 5 x 60 = 600
Pelan 4: 1 x 5 x 120 = 600
Pelan 5: 0.5 x 5 240 = 600

(MERAH = Muka surat, BIRU = Waktu sembahyang, KUNING = Bilangan hari, HIJAU = Seluruh Qur'an)

Wow!!! Anda mungkin tak percaya...tetapi percayalah...
dengan mengikut pelan ini, anda pasti untung. Jaminan 100%

Pelaburan apakah ini???
Testimoni 1: Saya tak pernah terpikir begitu mudah untuk membaca semua surah dalam Al-Qur'an dalam sebulan hanya dengan meluangkan beberapa minit sehari selepas sembahyang.

Testimoni 2: Dengan menggunakan pelan 5 yakni pelan paling mudah untuk menghabiskan bacaan sebuah Al-Quran dalam tempoh 240 hari, saya hanya perlu meluangkan seminit dua selepas sembahyang untuk membaca 1/2 muka surat setiap hari selepas sembahyang. Wow!!!

Kenapa.... Anda masih ragu atau masih tak percaya? Cubalah... hehehehe...
INGAT!!! satu huruf sahaja akan dikurniakan 10 hasanat/pahala.
Kalau satu ayat berapa huruf?
Berapa banyak pahala kita dapat...
Macam mana pula kalau satu baris?
Macam mana pula kalau satu muka surat?
Kalau satu Juzuk pula berapa banyak pahala kita dapat?
Kalau satu Qur'an pula... Wow!!! bayangkan betapa banyaknya...

Cubalah hari ini...jangan lepaskan pluang yang tak ternilai ini. Anda tak akan rugi sesen pun malah anda akan jadi JUTAWAN dunia dan akhirat.

***SEKIRANYA ANDA MEMBACA ENTRY INI, SILA HEBAHKAN DAN KONGSI BERSAMA SAHABAT DAN RAKAN2 LAIN. SEMOGA KITA SAMA2 DAPAT MEMANFAATKANNYA. INSYAALLAH***

[Ini bukan mesej berantai]

p/s: Hanya Ustaz EDS yang kenal ZAKI...

3 comments:

Tirana February 17, 2010 at 9:30 AM  

Bagus plan ni...kalau mampu buat plan 1..kalau rasa-rasa kurang mampu, bolehlah cuba plan 5..Macam kita beli kereta juga ye..kalau mampu, beli cash, kalau tak mampu terpaksalah ambil masa yang lama sikit untuk bayar installment..hehehe

sonata anak kancil February 17, 2010 at 10:19 AM  

sangat bagus pelaburan ini....sebelum ni pelaburan tak sistematik....kita buat termampu oleh kita....paling kurang pelan 5...lama2 khatam jugak kan!

ahmad humairi February 17, 2010 at 6:39 PM  

salam,

plan - pelan-pelan laksanakan, biar lambat asalkan jangan brenti, gerenti jadik!!!

Rasulullah saw. biasa berdoa: Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, menyia-nyiakan usia dan dari sifat kikir. Aku juga berlindung kepada-Mu dari siksa kubur dan dari fitnah kehidupan serta kematian

My Blog List

Related Posts with Thumbnails