Salam hujung minggu... Teman sering berhadapan pelbagai luahan, perkongsian dan karenah yang begitu mencabar. Perkongsian kali ini ialah tentang berfikiran negatif dan positif terhadap sesuatu yang tidak mencurigakan. Ini amat penting dalam kerukunan sesuatu organisasi samada diperingkat kecil hingga sebesar2nya. Namum begitu Allah s.w.t mengurniakan akal kepada kita yang tiada ternilai untuk membezakan samada ianya buruk atau yang baik.
Husnuzzhon atau bersangka baik itu doa, apabila kita bersangka baik kita sebenarnya sedang meminta doa untuk kebaikan. Salah satu rahsia kesejahteraan hidup kita ialah bersangka baik dan ianya amat dituntut oleh Islam. Rasulullah s.a.w sendiri bersangka baik dengan jirannya yang berbangsa Yahudi yang menyihir baginda. Apabila baginda mendapat perkhabaran jirannya itu sakit, maka baginda lantas mengunjungi jirannya dengan penuh sangkaan baik. Dan wanita itu mendapat hidayah dengan kemuliaan akhlak baginda.
"Wahai orang-orang beriman, jauhilah diri kamu dari banyak berprasangka, sesungguhnya sesetengah prasangka itu adanya dosa. (Hujurat : 12)"
"Janganlah kamu berprasangka terhadap perkataan yang keluar dari mulut saudara kamu (sesama muslim) kecuali sangkaan yang baik. (Saidina Umar al-Khattab)"
WORDLESS WEDNESDAY - MEE CELUP
2 days ago
6 comments:
Salam...:)
Alangkah indah andai sentiasa ada berprasangka baik ...kerna di situ ada keharmoniannya...
hati la..selalu sangat su'uzzonn..
tapi cepat2 mulut kata kat hati..husnuzzhonn hati..tak baik buruk sangka kat orang...
buaya yang tenang jangan disangka baik.....
Itulah kelemahan kita...cepat buruk sangka kat orang lain..harap2 boleh ubah tabiat yang satu ini..
Amin...
biasanya kita berperangsangka baik pada semua orang...rupa2nya ade yang tidak seperti yang kita harapkan....
Post a Comment