Buluh Lemang With LOVE

The ROAD of HAPPINESS

Al-Baqaroh:286


ALLAH tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

[Al-Baqaroh:286] 


Tujuh Ayat Cinta PadaNya...




Sabda Rasulullah SAW:

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan...

 1. Bismillahhirrnahmanirrahim :pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
 2. Alhamdulillah :pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
 3. Astagfirrullah :jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
 4. Insyaallah :jika ingin muelakukan sesuatu pada masa akan datang.
 5. Lahaulawala quataillahbillah :bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
 6. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun :jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
 7. La ilaha illa Allah Muhammadur Rasulullah :bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.

Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Surah Al-Imraan:(185-186)

[185] 
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
[186]
Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).

INDAHNYA ZIKIR...

Assalamualaikum wbt....

Sebutlah asma Ar-Rahim ini :



   " Yang Maha Pengasih dan Penyayang kepada orang-orang yang beriman sahaja pada hari akhirat."

Khasiat zikir:

Barang siapa yang membacanya setiap hari sebanyak 100 kali, in shaa Allah s.w.t. hatinya akan selalu mempunyai sifat kasih sayang kepada sesama makhluk.

Doa hari ni...

Ya Allah, Ya Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai segala hajat kami ini Ya Allah...

KENAPA KITA PERLU BERSELAWAT?..... 



Assalamuaikum w.b.t... 

Ok..nape kita perlu berselawat?

 Sebab .....

         ____________________________________________________________________

 Rasulullah SAW bersabda :

" Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga aku lebih dicintai olehnya daripada mencintai anaknya, ibu bapanya dan manusia semuanya."

-HR Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa'i dan Ibn Majah.

               _____________________________________________________________


Rasulullah SAW bersabda :
" Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas atas Nabi SAW."

- HR Ad-Dailami
                _____________________________________________________________


Rasulullah SAW bersabda :

" Barang siapa yang berselawat ke atasku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu sepatang sepuluh, ia akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat."

- HR Tabarani
                 _____________________________________________________________


Rasulullah SAW bersabda :

" Barang siapa yang berselawat ke atasku pada hari Jumaat dua ratus selawat, maka diampuni dosanya dua ratus tahun."

- HR Ad-Dailami

                 _____________________________________________________________


Rasulullah SAW bersabda :

" Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya."

- HR Ahmad, Nasa'i dan Al-Hakim
                   ____________________________________________________________

Jadi...moh ler sama2 kita berselawat ke atas junjungan Nabi SAW..

ولا حول ولا قوة الا باالله العلي العظيم

ولا حول ولا قوة الا باالله العلي العظيم
Tiada daya upaya d kekuatan melainkan dgn daya upaya d kekuatan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Alhamdulillah

“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa.”

EIDULFITRI AL-MUBARAK 1434H Taqabalallah minna wa minkum...

Assalamualaikum.... Salam Syawal... Salam Eidul Firi Al Mubarak 1434 H. Taqabalallah minna wa minkum... Alhamdulillah... Allah masih panjangkan umur hamba Nya yang kerdil ini... di Kesempatan ini saya memohon jutaan Maaf sekiranya ada salah silap... Selamat Hari Raya Eidul Fitri .... 

BERIBADAT 24 JAM


Ibadah ialah pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah, mengikut peraturan, melakukan suruhan dan meninggalkan larangan Allah S.W.T sebagaimana ditetapkan di dalam Al-Quran dan sunnah Rasullulah s.a.w. 

Ibadah Khusus - Iaitu ibadah yang utama ditentukan cara dan syaratnya. Hukumnya fardhu ain yakni tiap-tiap orang wajib menyakini dan beramal dengannya. Tanpa ibadah khusus seseorang itu tidak beriman. 

Ibadah Umum - Manakala ibadah umum termasuklah semua kegiatan hidup kita yang kita lakukan setiap hari. Kalaulah semua dapat kita aturkan sebagaimana yang Allah kehendaki maka ia akan jadi ibadah yakni kita akan diberi pahala. Sebaliknya kalau kita cuai mengatur hidup kita tidak mengikut syariat, maka berdosalah kita.

“Sedarlah wahai sekian muslimin dan muslimat, semua yang dilakukan oleh kita di muka bumi ini akan dihisab. Segala amal perbuatan kebaikan yang kita lakukan kerana Allah (zahir / batin) akan diberi ganjaran yang amat besar. Marilah kita lakukan apa sahaja dengan dimulakan bersama niat kerana Allah s.w.t. 
Allah Maha Besar…”

Apa nak buat?

Assalamualaikum... Kebisaannya kita sebagai hamba Allah yang lemah selalu sibuk dengan kerja namun kita tidak menyedari bilamana kita sebenarnya banyak masa yang terluang begitu sahaja dan tak tahu apa nak buat. Walaubagaimanapun semua kerja/perbuatan/apa sahaja yang baik dengan niat kerana Allah tetap mendapat penghargaan daripada-Nya yang maha Esa.

Apa nak buat?

1. Wirid atau Zikir (tenangkan jiwa, pahala pun dapat)
2. Muhasabah diri (boleh buat refleksi diri dan perbaiki kelemahan tingkatkan kekuatan, pahala pun dapat)
3. Perbanyakkan yang sunat, jangan tinggalkan yang wajib, elakkan yang makhruh dan tinggalkan yang haram (pasti dapat pahala dan kesenangan didunia & akhirat)

Aminnnn.....

MUHARRAM 1432H

Info di BL:

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.

Peristiwa-peristiwa penting dalam bulan Muharram:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

Pada bulan Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar. Hari pertama Allah menciptakan alam. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat. Hari pertama Allah menurunkan hujan. Allah menjadikan 'Arasy. Allah menjadikan Luh Mahfuz. Allah menjadikan alam. Allah menjadikan Malaikat Jibril. Nabi Isa diangkat ke langit.

Teman kembali... INFO di BL: Akhlak MULIA

Assalamualaikum... dah sekian lama senyap sunyi, mohon maaf kepada sahabat2 blogger. Kesuntukan masa membuatkan teman tidak dapat aktif berblog. InsyaAllah, sekiranya berkesempatan teman nak berkongsi info bersama sahabat2.
Info BL: Akhlak MULIA

Apakah peghias utama diri?
AKHLAK MULIA (tuntutan agama)

Siapakah tang diiktiraf mempunyai akhlak paling mulia?
Rasullullah s.a.w ("dan sesungguhnya engkau Muhammad mempunyai akhlak yang sangat2 mulia" [Surah Al-Qalam:4])

Bagaimanakah kita boleh berusaha menjadi seorang yang berakhlak mulia?
Perbanyakkan sifat2 mahmudah (sifat yang mendatangkan pahala: sabar, pemaaf, bercakap benar, jujur, zuhud, tawadhu, etc.) dan jauhi sifat2 mazmumah (sifat yang mendatangkan dosa: dengki, hasad, pemarah, bercakap bohong, bongkak, etc.) Rasullullah s.a.w menjelaskan dalam sebuah hadith: "janganlah kamu berhasab dengki, dan janganlah menipu daya, dan jangan benci membenci".

p/s: Marilah sama2 kita meningkatkan akhlak kita menjadi yang lebih baik dari sekarang. Sesungguhnya dalam membentuk akhlak mulia yakni membentuk peribadi dan akhlak individu memerlukan takwa kepada Allah s.w.t.
Firman Allah: "Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa" [Al-Hujurat:3]

Sumber ruj: Kompilasi Artikel: 30 Nasihat Agama

Keyakinan dalam Berdoa

As-Salam... bersempena dengan ulang tahun kelahiran teman dan sementara menunggu waktu berbuka, teman selak2 web site dan jumpa hadith ni. Sebagai satu perkongsian teman upload dalam buluhlemang ni mudah2 dapat kita amalkan bersama. InsyaAllah...
Hadith :Dari Anas r.a katanya:”Rasulullah saw bersabda:”Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala mendengar dan mengabulkan). Janganlah kamu berdoa dengan kalimah:”Ya Allah, jika Engkau mahu, berilah aku!” Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak dipaksa memenuhi sesuatu doa.”

Huraian :

Sesorang muslim itu hendaklah bersemangat (untuk mencapai) apa yang bermanfaat untuk dirinya serta meminta pertolongan kepada Allah tanpa merasa lemah dan putus asa. Berdoa mestilah mengikut adab-adabnya supaya menampakkan kesungguhan harapan untuk mendapatkan sesuatu kerana Allah SWT hanya akan menerima doa dari orang yang betul-betul berhajat. (Sumber: JAKIM)

20 Amalan Murah Rezeki..

Salam Ramadhan...
Sekian lama teman menyepi seketika kerna tugas rasmi yang bersepah mesti dibereskan. Alhamdulillah sedikit demi sedikit dapat diselesaikan. Selepas solat tarawih hari ini teman dijemput oleh USTAZ Eds untuk meberi sedikit tazkirah. Teman hanya sempat berkonsi 4 amalan sahaja dengan jemaah. Selebihnya teman upload dalam buluh lemang ni. InsyaAllah... mudah2 dapat dikongsi bersama. :)

1. Menyempatkan diri beribadah
"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
"… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:
"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk

Baginda s.a.w. bersabda:
"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha
Firman Allah dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah

Allah berfirman:
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: "… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
"Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

SEBAGAI SATU PASUKAN

Sebagai satu pasukan... APA YANG PERLU ADA?

  1. hormat menghormati antara satu sama lain
  2. yakin dengan pemimpin yang dipilih
  3. hindari buruk sangka dan jauhi hasad dengki
  4. menjaga adab semasa berkomunikasi
  5. sekiranya ada masalah maklumkan dengan berhemah
  6. berpandangan luas, komited dan mematuhi peraturan
  7. bersedia menerima pandangan dan bertolak ansur
  8. bertukar-tukar pandangan
  9. wujudkan perasaan kasih sayang
  10. memberi tanpa mengharapkan balasan
  11. jangan mendahului ketua
  12. bersedia untuk meningkatkan diri sendiri.
InsyaAllah...

"Bertolong-tolonglah kamu kepada perkara kebaikan dan janganlah kamu bertolong-tolng kepada perkara kejahatan". (Surah al-Maidah ;2)

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Gambaran kehidupan orang yang beriman dari segi kasih sayang , saling bersimpati dan saling cinta mencintai samalah seperti anggota tubuh yang jika salah satu daripadanya mengadu kesakitan, ia melibatkan seluruh anggota lain yang tidak tidur malam dan demam”.

Kejayaan Rasulullah s.a.w. melahirkan masyarakat yang berkasih sayang dapat dijadikan contoh yang paling baik bagi mewujudkan suasana bekerjasama dalam masyarakat masa kini. Ia berpunca daripada sikap dan suasana positif yang dibentuk oleh Rasulullah menerusi pendidikan dan program motivasi yang berjalan secara berterusan sehingga wujudnya individu yang berperibadi mulia dan kukuh sehingga naluri kerjasama dan saling memerlukan itu berkembang subur menjadi satu tenaga yang mampu menggerakkan masyarakat Islam membawa perubahan besar kepada tamadun dunia. (Sumber: JAKIM)

SATU atau LEBIH

Salam… sekarang ni teman banyak berehat sebab sedang cuti maka habiskan masa bercuti sebaik-baiknya. Tetapi persoalannya betul2 ka berehat…? hua hua hu… Cuti ni sempat juga teman ikut kengkawan memancing di laut… hasil sederhana tapi cukup sekadar untuk melepaskan gian memancing. 21 Jun 2010, maka bermula la episode sibuk sepanjang hari… 2 program pada hari dan waktu yang sama, satu program perdana akan dilaksanakan. InsyaAllah dengan bantuan rakan2 sekerja moga kerja yang berat menjadi ringan.

Info di BL:
SATU = kerja individu
Banyak kurangnya, antaranya kurang efektif, terbatas dengan satu buah fkiran sahaja, kurang kekuatan (mana taknya kerja2 manakan sama dengan ramai2). Walaubagaimanapun ada kerja kena lakukan sorang2 tanpa pengetahuan org lain. Baru dapat pahala. Hehehehe…

LEBIH daripada satu = kerja berpasukan

Bila masanya kita kena kerja berpasukan, itu amat dituntut dalam ISLAM. Kebanyakan ibadat dalam ISLAM digalakkan berjemaah yakni kerjasama (lebih daripada seorang). Tuntutan dalam ISLAM supaya berjemaah banyak kelebihannya… kalau nak disenaraikan penuh entry ni. Antaranya, kerja bertambah mantap dan bermutu, dapat menyatu padukan sesame insan, kerja akan menjadi lebih mudah dan berkesan, perkongsian pengalaman, banyak buah fikiran. Namun begitu dalam berjemaah atau kerja berpasukan mestilah ada kepalanya yakni mesti ada IMAM (KETUA). Kalau tidak huru hara jadinya. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: 'Hendaklah kamu berada dalam jamaah (kerja secara berpasukan) …'.

CEMERLANG = SUCCESS

Salam... kepada Cikgu2 dan pelajar2 selamat bercuti. Tapi ada juga yang tak boleh bercuti. Apa2 pun nak buat macam mana... kerja adalah satu ibadah apabila kita mulakannya dengan niat kerana Allah s.w.t.

Semalam teman masuk pejabat kawan teman... kesian dia demam pun kena keja... apa lagi, cari la pahala sikit pi ziarah. Ziarah orang yang sakit ni dapat pahala. Sapa tak nak rugi la. Hehehehehe...

Kali ni teman nak kongsi info tentang CEMERLANG. Teman terbaca dalam bilik sahabat teman yang demam tu. Hehehehe... meyelam sambil minum air. O.k harap kita dapat kongsikan bersama.(DALAM VERSI BAHASA INGGERIS)

The ten commandment to success:
1. Speak to people
2. Speak and act
3. Call people by name
4. Be friendly and helpful
5. Smile
6. Be genuinely
7. Be considerate
8. Be willing
9. Be thoughtful
10. Be generous.

Dalam ISLAM kecemerlangan atau cemerlang ini merujuk kepada keredhaan Allah. Oleh itu segala amal dan ibadah termasuklah kerja seseorang Muslim itu mestilah memenuhi kod etika keagamaan selain daripada memenuhi etika kerja yang telah ditetapkan oleh manusia agar diterima oleh Allah.

Kecemerlangan bermula dari dalam diri manusia itu sendiri. Dengan adanya iman dan takwa maka Allah s.w.t akan memberi petunjuk dan hidayah kepada manusia yakni menjadi insan yang cemerlang bukan sahaja di dunia malah yang pentingnya di Akhirat kelak. Amin... Semoga dengan perkongsian ini dapatlah adanya kita sedikit ilmu bagi mendorong kita mecari keredhoan Allah didunia sebagai tiket berharga ke Akhirat kelak. :)

Eid Al Mualim 16 Mei 2010

Tipu + Fitnah + Sabar + Muhasabah

Salam... kali ni teman berkongsi info ni... bacalah... hehehe...

Info di BL:


Tipu @ Menipu = tak bagus

Sakitkan hati orang = tak bagus

Menipu… silap2 boleh menimbulkan fitnah. Bila timbulnya fitnah maka hati pun akan menjadi sakit. Hati sapa yang sakit… hati org yang difitnah dan hati yang memfitnah.

Hehehehe… faham ker…

Orang yang menfitnah ialah orang yang sakit. Hatinya tidak tenang, hatinya penuh dengan keraguan, hatinya penuh dengan kebencian, hatinya tidak keruan, hatinya penuh dengan hasad… etc

Orang yang difitnah kalau TIDAK SABAR hatinya juga turut akat sakit. Benci, geram, dendam, marah...etc

Maka…SABAR adalah jalan terbaik untuk orang yang difitnah.

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. (QS. Ali Imran :200)

Bagi orang yang suka menfitnah…. MUHASABAH DIRI adalah salah satu jalan untuk kembali kejalan yang benar dan dapat memperbaiki diri daripada kesilapan. InsyaAllah.

Allah memberi peringatan mengenai bahaya fitnah. Firman-Nya yang bermaksud:
Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)

Rasulullah saw. biasa berdoa: Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, menyia-nyiakan usia dan dari sifat kikir. Aku juga berlindung kepada-Mu dari siksa kubur dan dari fitnah kehidupan serta kematian

My Blog List

Related Posts with Thumbnails