Buluh Lemang With LOVE

The ROAD of HAPPINESS

Banyak benda nak buat....


Salam... 11 Muharram 1431 H. 10:46pm

Setiap hari setiap waktu setiasa ada benda yang nak dibuat... jangan kata tak ada kerja nak buat. Mungkin cuma tak tahu mana nak didahulukan. Moh kite tetapkan matlamat dan bangun berusaha. Jangan harapkan org lain... kita usaha sendiri selagi terdaya... he..he..

“Sesungguhnya sebaik-baik usaha itu ialah usaha yang dilakukan oleh seseorang dengan tangan-nya sendiri.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Untuk membolehkan seseorang itu bekerja dengan tekun dan bersungguh-sungguh, terlebih dahulu perlulah ia menentukan ke arah mana matlamat yang akan ditujunya agar ianya selaras pula dengan minat, kecenderungan serta cita-cita-nya. Setelah matalamat itu dapat ditetapkan, barulah ia memulakan tugasnya dengan penuh keyakinan, tekun, dan istiqamah.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah kasih kepada seseorang itu apabila ia bekerja dengan penuh keyakinan.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

3 comments:

izakhairi December 29, 2009 at 3:34 AM  

moga segala matlamat yang disasarkan akan tercapai...usaha yang berterusan pasti membuahkan hasil yang lumayan

ustaz eds December 29, 2009 at 2:28 PM  

salam dr. araz, jauh merenung ke tengah lautan...tentu tengah berfikir...banyak yang nak kena buat ni..apapun moga apa yang difikir akan terlaksana dengan jayanya...Insyaallah

pak long December 30, 2009 at 10:25 PM  

salam...
memang betui tu..
"istiqamah" tu kena mantain...
lagi satu "nawaitu" ngan keja tu kena on9 bagi klear..
apapun moga ada hikmahnya..

Rasulullah saw. biasa berdoa: Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, menyia-nyiakan usia dan dari sifat kikir. Aku juga berlindung kepada-Mu dari siksa kubur dan dari fitnah kehidupan serta kematian

My Blog List

Related Posts with Thumbnails