Salam... kali ni nak tulis e3 ni... 2 jenis orang di tempat kerja yang sangat memalukan.
Orang 1: Dia selalu buat kerja. Kerja ni dia buat, kerja tu dia buat bak kata pepatah semua kerja dia buat. Memang bagus... bagus sekali tetapi satu je tak bagus bila semua kerja dia buat (tak percaya kat org lain) dia kata org tu tak buat keja, orang ni tak buat keja, orang ni relax, orang ni goyang kaki.
Orang 2: Dia ni malas buat keja. Keja apa pun susah nak buat. Kalau buat pun kerna terpaksa. Walau bagaimana pun kalau dia tak sibuk hal orang tak mengapalah jugak. Ini dia kata jugak orang ni malas buat keja, orang tu tak buat keja padahal dia tu yang tak ada kerja.
Oleh itu... tuan2 dan puan2 nilai la sendiri.
p/s: Kita selesaikan kerja kita, selesaikan tanggungjawab kita. Bantu sahabat kita apabila kita boleh bantu. Kalau kita tak boleh bantu jangan kita susahkan mereka.
Firman Allah SWT bermaksud:
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan. Al-Kahfi, l04
Firman Allah SWT bermaksud:
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang yang beroleh kemenangan. An-Nur, 52.
DUA JENIS ORANG DI TEMPAT KERJA
Posted by
Araz
Sunday, February 7, 2010
Labels: Motivasi + Pesanan
6 comments:
kalau murid - yang sangat baik & sangat nakal - ini lah 2 jenis murid yang memang terkenal & kita tak lupa
antara orang 1 dan orang 2 persamaannya cukup ketara, dua-dua sibuk dok kata kat orang lain...ish dua-dua tak boleh buat kawan, nanti makan hati sorang2
Kesalahan orang nampak tapi kesalahan diri sendiri tak nampak atau buat-buat tak nampak...Orang jenis ini pun ada di mana-mana.
Teman ingat, kita jadilah orang yang sedar tanggungjawab masing2. Buat keje yang diamanahkan kepada kita sebaik mungkin dengan ikhlas dan jujur InsyaAllah berkat.
jenis yang ketiga....
hari hari pergi ke tempat kerja...
Hurmmmm.... besok dah isnin!!!
hehe...orang 1 dan orang 2... harap-harap tak termasuk dalam golongan orang2 tu..
Post a Comment