Salam... Panas....panas...panas betul hari ni... Pasang air-cond pun tak puas... nak free air jugak. Sepanas-panas cuaca sekarang ni panas lagi isu guru yang kian menjadi bualan media. Awal tahun 2010 ni mmg panas betul cerita Cikgu2 smada yang terpapar didada akhbar mahupun yang tersembunyi. ish..ish..ish...
Apa2 pun sebagai salah seorang warga pendidik, tergerak hati teman untuk berkongsi sesuatu... harap bermanfaat untuk semuanya;
1. Guru 2010... kena banyak bersabar
2. Guru 2010... mesti tabah
3. Guru 2010... bersedia dengan apa situasi yang mungkin dtg menguji
4. Guru 2010... mesti berhati-hati
5. Guru 2010... gunakan kebijaksanaan sepenuhnya dlm menangani isu berkaitan
6. Guru 2010... jangan cepat melatah
7. Guru 2010... banyak bertenang
8. Guru 2010... bantu membantu
9. Guru 2010... husnuzzhon
10. Guru 2010... mesti bersemangat
11. Guru 2010... mesti ikhlas
12. Guru 2010... mesti sepenuh hati
13. Guru 2010... mesti teliti
14. Guru 2010... banyak berusaha + berdoa + tawakal
15. Guru 2010... lakukan kerana Allah s.w.t
Allah, malaikat, serta semua makhluk penghuni langit dan bumi, bershalawat mendoakan para pengajar kebaikan, yaitu guru/cikgu/ustaz/ustazah yang dalam hidupnya menyebar kebaikan, dengan memberikan pengajaran kepada manusia akan ilmu kehidupan. Dalam sebuah hadis syarif Rasulullah s.a.w bersabda, " Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Malaikat-Nya, para penghuni langit dan bumi, hingga semut di lubangnya dan ikan hiu, mengucapkan doa kepada pengajar kebaikan terhadap manusia." (kutubus Sunan HR: Tirmidzi (2685) dan Darimi(289)).
Profesion yang mulia bahkan mungkin yang paling mulia didunia adalah menjadi pengajar (guru/cikgu/ustaz/ustazah etc). Ini kerana, ilmu yang diberikan oleh guru akan memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan manusia, bahkan ianya menjadi sebagian dari ibadah jariyah yang senantiasa mengalir kebaikannya baik didunia maupun akhirat.
“Diantara amal dan kebaikan yang menyusul seseorang sesudah matinya adalah: ilmu yang diajarkan dan disebarluaskan, ….”
HR: Ibnu Majah, Baihaqi dan ibnu khuzaimah).
“ Barangsiapa menyeru kepada petunjuk, maka baginya pahala seperti pahala-pahala orang yang mengikutinya, tidak sedikitpun dari pahala mereka yang berkurang."
HR: Muslim (2674)).
Panas....isu Cikgu 2010
Posted by
Araz
Thursday, February 11, 2010
Labels: Motivasi + Hadith
10 comments:
aaikk...apasal lak aku tak rasa panas pun. duk relak je ni.
itulah kelebihan guru...amalseperti mencurah ilmu, mendidik dan membetulkan akhlak murid yg dilakukan sekarang pahalanya mengalir bak air yang tak putus2 walaupun kita sudah berada didunia lain...
yang penting, zaki jangan dilupa....
salam,
guru adalah segalanya...tabah menjalani hidup!
salam...
biar jadi tok guru asal jangan jadi tok gurau...
Kesian kat cikgu especially cikgu perempuan yang kecik molek. Kadang-kadang nak bawak buku rampaian murid-murid sebanyak 40 buah pun tak larat apalagi nak mengajar budak-budak yang macam2 kerenah.
saya saya sayang cikgu2 saya..:) terima kasih cikgu.. semoga cikgu2 semua dirahmati Allah swt..
kalau dh namanya guru mmg beginilah resamnya...pahit manisnya...asam garamnya...moga bakti yg sedikit ini Allah akan terima...InsyaAllah
Tu arr kanss... cegu zaman skank nie terpaksa berhadapan dgn pelbagai cabaran ... namun begitu CL bangga menjadi salah seorg warga guru
Salam..:)
Tksh utk peringatan..:)
terkadang bila mendgr isu2 guru...membuat diri termangu seketika..
salam cikgu.. memang tugas sebagai seorang pendidik zaman la ni cukup mencabar. nak marah tak terluah.. nak pukul tak tergerak anggota badan. penyudahnya anak bangsa kita jugak yang porak peranda.
salah ibu atau pendidik. saling menunding jadi bila sesuatu terjadi kat anak bangsa. perkara ni jugak merisaukan aku untuk 5 6 tahun dari sekarang.
ada ayah ibu bagus... tapi anak-anak depa plak bermasalah. kalau dulu... abah aku siap pesan kat cikgu aku.. kalau aku degil.. rotan jer.. waaa... green light terus..
kalau sekarang ni.. cube la.. kalau tak kena saman cikgu tu. toksah kata nak rotan.. nak jentik pun risau. lain yang cikgu buat.. lain plak anak-anak mengadu kat mak bapak. anak-anak gadoh kat sekolah.. balik umah, cakap cikgu tumbuk... adoi ai..
sabor je la cikgu.. tugas pendidik memang tugas yang mulia.
Dalam ceria dari;
Azman Ishak®
Post a Comment