Buluh Lemang With LOVE

The ROAD of HAPPINESS

Elakkan Gambar-gambar Binatang


Akidah Akhlak
Hadith :

Dari Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah s.a.w melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata Aisyah:”Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah s.a.w kembali bertanya:”Bantal-bantal apakah itu?” Jawab Aisyah, “Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar.” Sabda Rasulullah s.a.w:”Pelukis gambar-gambar ini akan disiksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka:”Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!” Kemudian baginda bersabda:”Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu.”
(Muslim)

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

6 comments:

Anonymous November 17, 2008 at 9:41 AM  

mujur tera tk suka gambar2 haiwan... klu bunga2/nature suke tramattt

Cikgu Kool November 17, 2008 at 9:46 AM  

Gambar yang camner? Semua jenis ke? Kalau gambar ekor je, bleh ker?
Dr. Araz...kena spesifik nih...kang ada timbul keraguan...

Sis Lin November 17, 2008 at 9:56 AM  

nasib baik lin ni belum prnah la nk mmbeli/atau smpn gmbr2 binatang tu,baik perhiasan atau pun sarung2..tq ats info tu ye..

hanis November 17, 2008 at 2:25 PM  

hehe~
gambar manusia bleh tak?

μάγά November 17, 2008 at 3:52 PM  

ayah dan kawan rapat maya dulu pun selalu kata mcm tu
dalam rumah x boleh ada lukisan binatang2...
x boleh ada patung2
mak kawan maya tu lagi lah... if dia bawak balik teddy bear ke apa ke yang patung2 nie.. pasti mak dia campak masuk reban ayam... lagi2 if bulan ramadhan...

tapi if cartoon pun kira x boleh juga ke ye?? ke gambar yang sangat menyerupa maksudnya yang real.. lukisan yang real...

tu yg keliru nie.. tp if ambik jalan tengah boleh ke? x kira lah kartun ke.. patung ke.. menyerupa ke.. if benda tu ada kaitan ngn benda bernyawa (haiwan) x leh simpan kat dalam rumah.. mcm mana dr??

Araz November 17, 2008 at 9:05 PM  

Disini ada beberapa link utk anda semua yg ingin tahu...InsyaAllah supaya ia bermanfaat kpd kita semua...

http://www.topix.com/forum/world/malaysia/TCKTSKBMB867MB6IM

http://sunniy.wordpress.com/2008/02/19/bahayanya-gambar-dan-patung-dalam-islam/

http://esensi.wordpress.com/2008/02/16/mengkritisi-hadits-tentang-pelarangan-gambar-dalam-islam/

Lebih baik kiranya kita ambil jalan selamat mcm Maya comment tu...ia lebih selamat. Kalu diceritakan bab hukum nanti dikuatiri ada yg salah paham plak... lain plak jadinya... saya cuma ingin berpesan-pesan sesama Islam... InsyaAllah. Sengaja saya tulis ringkas supaya ada yang membacanya... tahniah dan terima kasih pd yang membaca entry ni, Semoga Allah memberkati kita. Ameen... kebiasaannya tak ramai yg suka baca bab2 agama ni...

Rasulullah saw. biasa berdoa: Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, menyia-nyiakan usia dan dari sifat kikir. Aku juga berlindung kepada-Mu dari siksa kubur dan dari fitnah kehidupan serta kematian

Content: Buluh Lemang

My Blog List

Related Posts with Thumbnails