Buluh Lemang With LOVE

The ROAD of HAPPINESS

Memuliakan tetamu


Hadith:
Dari abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda:” Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.” Muslim

Huraian:
Tetamu, secara pasti datang dengan maksud dan tujuan tertentu. Dalam konteks inilah Allah dengan tegas membuat pertimbangan yang begitu besar agar memuliakan tetamu dan meletakkan nilainya sama dengan Beriman Kepada Allah dan Hari Kemudian (kiamat). Dengan perkataan lain seseorang itu belum disebut beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, selama ia tidak memuliakan tetamunya. Oleh itu apabila tetamu datang, bagaimana pun bentuk dan rupa tetamu itu, sama ada kaya, miskin, Islam ataupun kafir, Allah memerintahkan kita agar memuliakan mereka.

2 comments:

lemangcute@chah November 16, 2008 at 2:32 PM  

teringat babak fahri bagi nasihat kat orang arab dalam train...(cerita ayat2 cinta) pasal memuliakan tetamu..

bagi yang belum tengok cerita tu..baik beli.. sungguh menginsafkan...

Dr.Araz November 17, 2008 at 9:01 AM  

iye ke...nanti nak carilah cite tu...thanks

Rasulullah saw. biasa berdoa: Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, menyia-nyiakan usia dan dari sifat kikir. Aku juga berlindung kepada-Mu dari siksa kubur dan dari fitnah kehidupan serta kematian

Content: Buluh Lemang

My Blog List

Related Posts with Thumbnails