Buluh Lemang With LOVE

The ROAD of HAPPINESS

Harus diingat....


Hadis-hadis sohih Nabi Muhammad s.a.w. sejak 14 abad yang lalu yang menyebut secara jelas faktor, sebab atau punca berlaku bala yang dikirim oleh Allah s.w.t ke atas umat baginda:
  1. Ilmu Islam akan beransur hilang sedikit demi sedikit.
  2. Umat Islam sanggup mengikuti jejak langkah Yahudi dan Nasrani dalam tindakan, teladan, pertuturan dan cara hidup mereka.
  3. Muncul golong anti hadis (yang tidak dibendung).
  4. Umat Islam yang terlalu banyak bergelumang dalam keseronokan.
  5. Terlampau mewah.
  6. Menghimpun harta sebanyak mungkin (hingga lupa untuk menggarap ilmu agama).
  7. Tipu menipu dalam perkara dunia.
  8. Saling bertengkar dalam urusan remeh-temeh (yang sepatutnya boleh dimaafkan).
  9. Tersebar luas hasad dengki serta hasut menghasut di kalangan mereka.
  10. Islam dianggap sebagai agama asing atau berdagang di negara umat Islam sendiri.
  11. Berleluasa amalan rasuah dengan pelbagai bentuk dan helah.
  12. Orang yang baik terlalu sedikit, malah orang yang jahat semakin ramai.
  13. Muncul orang yang tidak peduli sumber harta yang diperolehinya.
  14. Riba wujud di mana-mana.
  15. Ramai yang minum arak dan menamakannya sebagai bukan arak.
  16. Golongan lelaki semakin sedikit dan golongan wanita semakin ramai.
  17. Golongan lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya.
  18. Ibu melahirkan tuannya.
  19. Bangunan pencakar langit.
  20. Muncul ramai ahli ibadat tapi jahil dan ramai golongan ulama tapi fasiq.
  21. Orang yang berpegang dengan Islam bagai menggenggam bara api.
  22. Berlaku peperangan demi peperangan.
  23. Masa akan menjadi singkat.
  24. Muncul galian-galian bumi.
  25. Ujian yang dahsyat terhadap iman.
  26. Peperangan di kawasan sungai Furat kerana menyebut kekayaan.
  27. Ketiadaan iman untuk bersolat jamaah.
  28. Al-Quran akan hilang dan ilmu akan diangkat menghadap Allah.
  29. Bermegah-megah dengah keindahan masjid dan kosong dengan pengisian agama.
  30. Menggadai agama kerana dunia.
  31. Pelaksanaan haji dan umrah bukan kerana Allah.
  32. Harta negara bertukar tangan dikalangan pemimpin.
  33. Sesuatu amanah dianggap sebagai batu loncatan untuk mengaut keuntungan.
  34. Bayaran zakat dianggap sebagai denda atau saman.
  35. Suami yang terlalu tunduk kepada isteri.
  36. Anak-anak yang menderhaka terhadap ibu mereka.
  37. Muncul ramai orang yang patuh dan setia yang tidak berbelah bagi kepada kawan dan rakan.
  38. Golongan bapa yang hampa kerana disia-siakan oleh anak-anak mereka sendiri.
  39. Berlaku pertengkaran dalam masjid.
  40. Apabila orang yang rendah maruahnya dipilih menjadi ketua sesuatu kaum.
  41. Apabila orang memuliakan orang lain kerana takutkan kejahatannya.
  42. Apabila minuman keras tersebar luas.
  43. Ramai golongan lelaki yang memakai sutera.
  44. Artis artis wanita diagung-agungkan.
  45. Alat-alat muzik diguna-pakai (sebagai mata pencarian).
  46. Kesilapan manusia hari ini mengutuk generasi terdahulu.
Apabila perkara yang disebutkan itu berlaku, maka kata Nabi, tunggulah ketika itu akan datang kepada manusia angin panas, ribut taufan, puting beliung dan bahaya-bahaya yang lain serta
hingga berlaku penukaran corak dan rupa.
*Sumber:http://groups.google.co.in/group/sinarislam

2 comments:

Lemangcute Comel Yang Dilindungi November 13, 2008 at 1:12 PM  

Thanks for the info.. walaupun dah baca banyak kali..setiapkali baca..still rasa macam first time baca..."Ingat mengingati.."

Araz November 13, 2008 at 11:18 PM  

Alhamdulillah...

Rasulullah saw. biasa berdoa: Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, menyia-nyiakan usia dan dari sifat kikir. Aku juga berlindung kepada-Mu dari siksa kubur dan dari fitnah kehidupan serta kematian

Content: Buluh Lemang

My Blog List

Related Posts with Thumbnails