Buluh Lemang With LOVE

The ROAD of HAPPINESS

Ibadah Solat

Kita selalu lalai dalam bab solat. Mari sama2 kita buat ulangkaji untuk mengingatkan kita bersama. Kita manusia biasa yang sentiasa lupa dan kita sesama Islam marilah sama2 saling ingat-menginatkan. InsyaAllah...

Hukum meninggalkan sembahyang
Solat merupakan tanda pertalian terus seorang hamba dengan Allah. Islam memfardhukan ke atas umatnya melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam.

Solat merupakan tiang agama.Oleh itu sesiapa yang mengerjakannya bermakna ia telah menegakkan agamanya. Manakala orang yang meninggalkannya bermakna ia telah meruntuhkan agamanya.
Bagi orang yang meninggalkan solat disebabkan malas atau sengaja hukumnya adalah fasik dan telah melakukan dosa besar iaitu mengabaikan salah satu daripada Rukun Islam.
Sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam bahawa solat wajib mesti dilakukan dalam apa keadaan sekalipun, maka solat wajib yang ditinggalkan dianggap sebagai hutang yang mesti dilangsaikan sebagaimana resminya setiap hutang itu wajib dibayar. Maka apabila sedar tentang kesilapan masa lalu, seorang muslim itu hendaklah segera bertaubat dan mengqadha’ solatnya yang tertinggal itu.

Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Sesiapa yang lupa akan sesuatu solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat itu jika ia telah mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itu kecuali solat yang dilupakannya, sesuai dengan firman Allah yang maksudnya:” Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.” Riwayat Bukhari

Sumber : JAKIM

6 comments:

lemangcute@chah November 18, 2008 at 8:38 PM  

insyaallah.. soup for the soul.. thanks....

AiE bAhRi November 18, 2008 at 8:41 PM  

tq atas ingatan unuk bersama

::SRISUFI:: November 18, 2008 at 8:47 PM  

salam..
sesungguhnya perjalanan menuju jalan Allah itu bukan semudah melalui hamparan permaidani merah..betul kan Dr....

terlalu banyak kedhaifan diri ini untuk diinsafi...

Dr.Araz November 18, 2008 at 9:12 PM  

Lemangcute (Same2)
Aie (ya aie...ingatan ini utk saya sendiri dan semua kengkawang..insyaAllah)
Srisufi (ye betul..Allah sentiasa menguji umat yang disayangi Nya... sebelum terlambat, sama2lah kita berusaha mencari keredhoanNya...Ameen)

Tirana November 19, 2008 at 7:20 AM  

Solat merupakankan tiang agama..Jika rosak solat, rosaklah agama...

lin May 12, 2010 at 5:26 PM  

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,色情,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女

Rasulullah saw. biasa berdoa: Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, menyia-nyiakan usia dan dari sifat kikir. Aku juga berlindung kepada-Mu dari siksa kubur dan dari fitnah kehidupan serta kematian

Content: Buluh Lemang

My Blog List

Related Posts with Thumbnails